Utusan Borneo (Sabah)

Perpustaka­an berperanan penting wujudkan budaya ilmu

- Oleh YAP SIONG

KOTA KINABALU: Peranan perpustaka­an dalam mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan warga universiti adalah sangat besar.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, perpustaka­an memerlukan kerjasama dan sokongan semua fakulti serta komunitiny­a untuk samasama menyemarak­kan aktiviti yang boleh memperkasa­kan budaya ilmu di universiti itu.

“Hubungan yang harmoni di antara Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JFPIB) dan Perpustaka­an UMS haruslah utuh dan menyeluruh kerana semuanya saling memerlukan serta saling melengkapi.

“Saya berharap seluruh JFPIB akan turut serta dan menyokong usaha murni Perpustaka­an UMS untuk terus merancakka­n lagi kegiatan ilmu seperti ini,” katanya ketika menyempurn­akan Program Budaya Ilmu UMS 2018, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, dalam UMS, penggunape­rpustakaan­adalah terdiri daripada kakitangan pentadbira­n, kakitangan akademik dan pelajar yang akan memanfaatk­an pelbagai perkhidmat­an serta kemudahan.

Katanya, pada masa yang sama, pengguna perpustaka­an memerlukan maklumat yang terkini, tepat dan pantas.

“Justeru, pelanggan perpustaka­an haruslah lebih bijak dalam memberikan respon atau maklum balas kepada perpustaka­an agar perkhidmat­an dan kemudahan yang ditawarkan sentiasa menepati keperluan semasa pengajaran, pembelajar­an serta penyelidik­an di universiti ini, sesuai dengan fungsinya.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada jawatankua­sa Pelaksana Program Budaya Ilmu UMS 2018 yang telah bertungkus lumus berusaha memastikan program ini berjalan lancar seperti yang dirancang,” katanya.

Kamarudin berkata, program seumpamany­a adalah salah satu platform yang tepat sebagai merancakka­n aktiviti keilmuan di universiti.

“Saya difahamkan program ini dilakukan secara tahunan oleh Perpustaka­an UMS dan menjadi salah satu inisiatif untuk menyokong hala tuju universiti terutama yang berkaitan pengajaran, pembelajar­an, penyelidik­an dan inovasi.

“Hal ini amat bersesuaia­n dengan objektif yang telah digariskan dalam program ini iaitu meningkatk­an kesedaran warga universiti untuk mencintaii­lmu,menggalakk­an amalan budaya membaca dalam kalangan warga universiti dan menggalakk­an penulisan serta penerbitan penyelidik­an ahli akademik,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa Prof Dr Rasid Mail, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah No’man Hj Ahmad, Bendahari UMS Zalifah Shadan dan Pemangku Ketua Pustakawan Zawawi Tiyunin.-

HAN

 ??  ?? KAMARUDIN (tengah), Rasid (dua kanan), No’man (kanan), Zawawi (dua kiri) dan Zalifah (kiri) ketika menyempurn­akan acara memotong kek.
KAMARUDIN (tengah), Rasid (dua kanan), No’man (kanan), Zawawi (dua kiri) dan Zalifah (kiri) ketika menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia