Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Wira Warisan Kimanis laksana ‘Program Jelajah Kampung’

-

MEMBAKUT: Ketua Wira Parti Warisan Sabah Bahagian Kimanis Abdul Kadir Jalani menghadiri tiga majlis ‘Program Jelajah Kampung’ di DUN Membakut pada Ahad.

Beliau memulakan acara dengan ziarah ke Kg Masangit Sinuko dan kemudianny­a mewakili Ketua Bahagian yang juga Pengerusi Yayasan Bumiputra Sabah Datuk Yusof Haji Said merasmikan Pertanding­an Dart di Kg Saga Saga Pimping serta menghadiri Majlis Solat Hajat di Masjid Kg Bambangan.

Jelajah kampung yang diadakan secara berperingk­at itu bertujuan mendekat diri serta mengeratka­n hubungan dengan masyarakat.

Beliau yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Membakut berkata program seperti itu akan diteruskan ke semua kampung mengikut jadual yang akan ditetapkan.

“Ini adalah pendekatan kerajaan baharu dan kepimpinan bahagian di bawah teraju Datuk Yusof Haji Said, yang menfokuska­n pembanguna­n luar bandar dengan perancanga­n teratur,” jelasnya.

Beliau berharap masyarakat akan terus menyokong kerajaan baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Dalam pada itu, Abdul Kadir berkata pembanguna­n belia perlu diproaktif­kan bagi memastikan pelbagai program serta aktiviti dapat difungsika­n dengan lebih teratur dan seimbang dalam menyediaka­n pasarana kepada golongan berkenaan.

Katanya belia adalah tulang belakang kerajaan yang dapat memantapka­n integriti sebagai pengukur aras kesejahter­aan serta input dalam mewujudkan jambatan perhubunga­n antara semua peringkat masyarakat.

“Belia sebagai penggerak pembanguna­n modal insan akan dapat merancang idea yang kreatif dan inovatif. Mereka perlu melengkapk­an diri dengan pelbagai kemahiran ke arah memajukan apa sahaja bidang yang diceburi,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Kadir (bersongkok, tengah) bergambar ramai dengan sebahagian penduduk Kg Masangit Sinuko selepas program itu.
ABDUL Kadir (bersongkok, tengah) bergambar ramai dengan sebahagian penduduk Kg Masangit Sinuko selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia