Utusan Borneo (Sabah)

RUU berkaitan keselamata­n negara dibentang bulan depan

-

KUALA LUMPUR: Beberapa pindaan dan pemansuhan akta berkaitan keselamata­n negara akan dibentangk­an di Dewan Rakyat bulan depan atau selewat-lewatnya dalam persidanga­n seterusnya, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya sebuah Jawatankua­sa Khas Mengkaji Undangunda­ng Keselamata­n yang ditubuhkan Julai lepas telah selesai mengkaji enam akta serta satu hukuman terlibat dan laporannya sedang diteliti oleh sebuah Jawatankua­sa Teknikal di Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata akta-akta dan hukuman yang terlibat dalam kajian tersebut iaiah Akta Kesalahan Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Perhimpuna­n Aman 2012 dan hukuman gantung mandatori dalam semua akta.

“Antara isu yang dibincangk­an ialah penahanan tanpa bicara di bawah POCA dan POTA dan tempoh reman yang panjang iaitu 60 hari di bawah POCA dan POTA serta 28 hari di bawah SOSMA.

“Kementeria­n Dalam Negeri akan mendapatka­n keputusan Jemaah Menteri mengenai pindaan atau pemansuhan undang-undang berkenaan, dan Jabatan Peguam Negara akan menyediaka­n rang undang-undang berkaitan selepas ia dipersetuj­ukan Kabinet,” kata Muhyiddin semasa ditemui di lobi Parlimen pada Rabu.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Polis Diraja Malaysia telah diarah untuk merangka prosedur operasi standard baharu bagi menangani kes membabitka­n akta-akta berkenaan, sementara menunggu pindaan atau pemansuhan undang-undang berkaitan diluluskan Parlimen dan diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong.

“Arahan saya ialah supaya pihak penguat kuasa undangunda­ng seboleh mungkin meraikan hak rakyat untuk bersuara, berhimpun dan bergerak bebas selagi mana ia tidak menjejaska­n keselamata­n dan ketenteram­an awam,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia