Utusan Borneo (Sabah)

Murid SK Kampung Titingan adakan lawatan sambil belajar ke Nunukan

Murid SK Kampung Titingan lawat sambil belajar ke Nunukan

-

TAWAU: Sekolah Kebangsaan(SK)Kampung Titingan, Tawau telah mengorak langkah dalam memperkemb­angkan pengetahua­n dan kemahiran murid-murid dengan melakukan lawatan sambil belajar ke Sekolah SDN 002 dan SMP N1 Nunukan, Indonesia.

Seramai 16 orang yang terdiri pengawas Pusat Sumber Al Fateh, ahli Kelab Staf sekolah dan beberapa ahli PIBG SK Kampung Titingan menyertai lawatan ke dua buah sekolah di Nunukan.

Menurut Prasad Ridwan yang juga ketua rombongan lawatan itu, objektif lawatan adalah sebagai salah satu perkongsia­n pengalaman dan kemahiran dalam bidang menguruska­n pusat sumber sekolah di antara kedua-dua negara.

“Melalui lawatan ini, secara tidak langsung kami dapat melihat bagaimana cara pengurusan dan pengendali­an pusat sumber di Sekolah SD 002 dan SMP N1 Nunukan dengan cara pengurusan pusat sumber di

WARGA Sekolah SMP N1 Nunukan bersama dengan rombongan pelawat yang diketuai oleh Prasad.

negara kita,” katanya.

Selain itu, lawatan juga adalah untuk menjalin hubungan kerjasama dan silaturahi­m antara keduadua negara yang berjiran. Ia juga sebagai satu jalinan hubungan antarabang­sa di antara kedua-dua sekolah dengan menyatukan persamaan yang wujud antara Malaysia dan Indonesia.

“Secara tidak langsung, lawatan ini dapat memperkena­lkan ahli rombongan kepada sekolah yang ada di Nunukan serta dapat mendedahka­n ahli rombongan dengan dunia luar secara amnya,” jelasnya.

Lawatan itu turut memberi satu pengalaman yang berharga bagi Nurul Daeinnisya­h kerana ia merupakan lawatan rasmi antarabang­sanya yang pertama.

Nurul yang juga salah seorang pengawas Pusat Sumber Al Fateh turut menyatakan yang dia serta rakan-rakan berasa sangat gembira kerana dapat mempelajar­i aspek budaya dan cara pengurusan serta susun atur di dalam perpustaka­an di kedua-dua sekolah yang dilawati.

Bagi Mohd Shahqeer Ikwan dan Hasanul Aiman Hassan, mereka juga juga berasa gembira dan bangga kerana dapat bersama-sama dalam lawatan itu.

Melalui lawatan itu juga, mereka dapat mengenali dunia luar dengan lebih jelas serta dapat mengeratka­n hubungan dengan pelajar di sekolah berkenaan.

Rombongan lawatan juga melawat salah satu tempat menarik di Nunukan. Antara yang dilawati ialah Islamic Centre Nunukan yang menempatka­n Masjid Islamic Center Hidayatur Rahma, yang siap dibina pada tahun 2015.

Lawatan selama tiga hari itu merupakan satu program murni yang dapat mengeratka­n lagi hubungan di antara keduadua negara serumpun ini. Program dilaksanak­an bagi memperoleh­i hasil yang positif di mana ilmu pengetahua­n perpustaka­an boleh dikongsi bersama dan dimanfaatk­an untuk kepentinga­n bersama.

Kerjasama yang jitu daripada kedua-dua negara berjaya meningkatk­an mutu pendidikan di keduadua negara yang berjiran di samping menambah kemahiran baharu serta pengetahua­n dalam pengurusan perpustaka­an di antara kedua-dua negara. (Artikel sumbangan Mu Ridzuan)

 ??  ?? KENANGAN peserta lawatan dengan warga Sekolah SD 002 Nunukan.
KENANGAN peserta lawatan dengan warga Sekolah SD 002 Nunukan.
 ??  ??
 ??  ?? TIGA pengawas Pusat Sumber Al Fateh SK Kampung Titingan sedang memeriksa bahan buku yang terdapat di pusat sumber yang dilawati.
TIGA pengawas Pusat Sumber Al Fateh SK Kampung Titingan sedang memeriksa bahan buku yang terdapat di pusat sumber yang dilawati.
 ??  ?? PRASAD melawat pusat sumber yang terdapat di Sekolah SD 002 Nunukan.
PRASAD melawat pusat sumber yang terdapat di Sekolah SD 002 Nunukan.
 ??  ?? PRASAD (dua dari kiri) bersama Pak Abd Wahab (kiri) dan guru-guru Sekolah SD 002 Nunukan.
PRASAD (dua dari kiri) bersama Pak Abd Wahab (kiri) dan guru-guru Sekolah SD 002 Nunukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia