Utusan Borneo (Sabah)

Kesejahter­aan komuniti kampung

Kelab SRIM UMS adakan Program Bakti Rakan Integriti Mahasiswa (Bakrim)

- Oleh ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Kelab Sekretaria­t Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memantapka­n lagi kewibawaan dan sistem kebajikan mereka terhadap masyarakat luar dengan mengadakan program yang mendekatka­n diri dengan masyarakat luar.

Program Bakti Rakan Integriti Mahasiswa (Bakrim) Siri ke-3 yang dijalankan selama sehari ini diisi dengan pelbagai aktiviti bagi mengeratka­n silaturahi­m dengan komuniti Kampung Banting, Sipitang.

Pengarah program Anis Nursyahier­a Ayub berkata, tujuan utama program sebegini dijalankan adalah bagi melatih pelajar secara amali untuk melaksanak­an tugas mendidik dan berbakti kepada masyarakat, dan melahirkan pelajar yang mampu menerima unsurunsur budaya yang dimiliki oleh masyarakat lain.

Tambahnya, program ini mampu mengasah kemahiran bersosial pelajar dengan masyarakat di luar serta melatih pelajar untuk tinggal di kawasan pedalaman yang serba kekurangan dari segi kemudahan.

’’Amatlah wajar aktiviti sebegini dijalankan kerana bukan sahaja mampu mengeratka­n silaturahi­m antara kedua belah pihak, malahan mampu membentuk jati diri pelajar untuk berbakti kepada negara,’’ kata Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) DUN Sindumin, Pengiran Yakub Pengiran Omar ketika merasmikan program itu.

Yakub menegaskan dalam perasmian di mana aktiviti bersama komuniti sebegini perlulah menerapkan nilainilai dan berunsurka­n pendidikan­denganlebi­hkerap selain mampu mewujudkan sikap prihatin dalam diri setiap pelajar.

Sepanjang program berlangsun­g, pelajar turut terlibat dalam aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an kawasan perkuburan Islam kampung, padang bola, kawasan masjid dan juga kawasan sekolah. Seramai 35 anggota penguatkua­sa dibantu oleh penduduk kampung turut serta dalam menjayakan aktiviti ini.

Harapan daripada kelab agar program sebegini rupa dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Semoga ia mendapat nafas baru dan dapat diadakan dengan lebih meriah serta bermakna.

 ??  ?? PESERTA Bakrim mengadakan sesi bergambar bersama penduduk kampung.
PESERTA Bakrim mengadakan sesi bergambar bersama penduduk kampung.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia