Utusan Borneo (Sabah)

JHEP UMS adakan mesyuarat pembentuka­n MPP SESI 2018/ 2019

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Mesyuarat Pembentuka­n Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baharu bagi sesi 2018/2019 pada 19 Oktober 2018 di Bilik Mesyuarat Eksekutif, JHEP, UMS.

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dilaksanak­an pada 17 Oktober lalu menyaksika­n 32 pemimpin pelajar dipilih untuk menerajui barisan kepimpinan MPP bagi sesi 2018/2019.

Dalam mesyuarat pembentuka­n kabinet MPP itu, Majlis Tertinggi dibentuk dan memilih Muhd Jivean Johan Wira Ahmad sebagai Presiden, Syakur Maming (Timbalan Presiden), Suzanne Chee Suxian (Setiausaha Agung), Kellin Wong Kai Xin (Bendahari), Sugianto Johan (Naib Presiden 1 merangkap Pembanguna­n Mahasiswa), Mohammad Zaiful Junaedi (Naib Presiden 2 merangkap Pembanguna­n Insaniah dan Intelektua­l), Nur Wahidayah Wahipin (Naib Presiden 3 merangkap Khidmat Mahasiswa), Nor Aini Aqilah Ismail (Naib Presiden FPL), Fauzan Mirza Eko (Naib Presiden KAL) dan Nadia Mohd Arif Teo sebagai Setiausaha Kehormat (KAL).

Manakala 22 ahli dilantik sebagai Majlis Eksekutif dan Exco MPP bagi sesi 2018/2019.

Ketua JHEP Ahmadi Nurdin mengucapka­n tahniah di atas pelantikan dalam pembentuka­n kabinet MPP yang baharu bagi sesi 2018/2019 dan mengharapk­an barisan kepimpinan baharu ini dapat menerajui dan memimpin mahasiswa mahasiswi UMS ke arah perpaduan, pembanguna­n sahsiah dan kebajikan hal ehwal pelajar dengan lebih cemerlang seiring dengan halatuju serta misi dan visi UMS.

 ??  ?? BARISAN MPP Sesi 2018/2019 bergambar selepas pembentuka­n kabinet.
BARISAN MPP Sesi 2018/2019 bergambar selepas pembentuka­n kabinet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia