Utusan Borneo (Sabah)

UMS perluas kerjasama antarabang­sa bersama universiti di Kemboja

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkuku­hkan lagi jaringan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi di peringkat antarabang­sa melalui satu jalinan kerjasama bersama Pannasastr­a University of Cambodia (PUC), sebuah universiti swasta yang terkenal di Kemboja dan juga kelompok akademik di Eropah, Asia Timur serta Amerika Syarikat.

Hasrat itu dinyatakan dalam satu kunjungan hormat oleh delegasi UMS yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS Prof Dr Rasid Mail ke universiti berkenaan.

Delegasi UMS yang disambut mesra oleh Naib Presiden Hubungan Antarabang­sa, Teknologi Maklumat dan Pusat Maklumat PUC Long Kimheng kemudianny­a mengadakan satu mesyuarat bagi perbincang­an ke arah satu hubungan kerjasama yang mantap di antara kedua-dua universiti, yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Logistik dan Kejurutera­an PUC Justin Dara Op, Penolong Canselor PUC Victor Theng dan Pengarah Hubungan Antarabang­sa PUC Sam Sukon Sok.

Mesyuarat itu diakhiri dengan satu acara menandatan­gani surat niat antara kedua-dua universiti bagi mewujudkan hubungan kerjasama rapat dalam pembanguna­n pelajar dan kakitangan akademik antara UMS dan PUC.

Dalam pada itu, Pengarah Program Amsalie Pisali dalam satu kenyataan berkata, program itu dijayakan hasil peruntukan setiap tahun oleh Pusat Pengajian Pascasiswa­zah kepada Persatuan Pelajar Pascasiswa­zah di bawah program ‘Youth Generation through Cultural Integratio­n 2.0’.

“Penganjura­n program sebegini sekali gus mampu membina hubungan baik antara universiti dan negara amnya menerusi hubungan pelajar-pelajar pascasiswa­zah di negara yang dilawati.

“Beberapa aktiviti kemasyarak­atan turut kita adakan di beberapa kampung di situ sepanjang lawatan kerja itu berlangsun­g,” katanya.

Lawatanitu­turutdiser­ikan dengan tarian kebudayaan yang dipersemba­hkan oleh 11 pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah dari UMS yang juga Exco Persatuan Pelajar Pascasiswa­zah UMS.

 ??  ?? DELEGASI UMS merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan dan pelajar yang menjayakan persembaha­n tarian kebudayaan dalam satu majlis.
DELEGASI UMS merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan dan pelajar yang menjayakan persembaha­n tarian kebudayaan dalam satu majlis.
 ??  ?? RASID (tiga dari kiri) pada majlis menandatan­gani surat niat bersama Pannasastr­a University of Cambodia.
RASID (tiga dari kiri) pada majlis menandatan­gani surat niat bersama Pannasastr­a University of Cambodia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia