Utusan Borneo (Sabah)

Majlis graduasi Tingkatan Enam SM All Saints 2018

-

KOTA KINABALU: Selepas hampir tiga semester, tiba masanya untuk pelajar tingkatan 6 sesi 2017/2018 memakai jubah graduasi merah tua dan topi graduasi mereka dengan bangganya serta mengucapka­n selamat tinggal kepada sekolah.

Majlis graduasi itu bermula jam 11 pagi dengan perarakan masuk 62 bakal graduan tingkatan Enam ke Dewan Sekolah All Saints.

Seterusnya diikuti dengan perarakan akademik oleh para pensyarah Tingkatan Enam, ketua-ketua bidang, penolong-penolong kanan, pengetua dan tetamu kehormat.

Semua graduan kekal berdiri sehingga perarakan akademik mengambil tempat duduk masing-masing.

Majlis itu dimulakan dengan Pengetua Dr Mary Gambidau menyampaik­an kata-kata aluan kepada pensyarah, graduan dan ahli keluarga yang hadir.

Beliau mengucapka­n tahniah dan turut memberikan kata-kata dorongan kepada para graduan Tingkatan Enam SM All Saints.

Sementara itu, tetamu kehormat, Presiden Persatuan Alumni Sekolah All Saints dan St Agnes Peggy Liow menyampaik­an ucaptama yang penuh inspirasi sebelum merasmikan majlis kemudianny­a.

Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil kepada semua 62 pelajar Tingkatan Enam Atas sesi 2017/2018. Setelah menerima sijil daripada tetamu kehormat, tassel pada topi graduasi, pelajar dialihkan dari kiri ke kanan oleh pengetua yang melambangk­an bahawa mereka kini adalah graduan.

Seterusnya, 36 pelajar dianugerah­kan Anugerah Rekod Kehadiran Terbaik. Selepas itu, sebuah video yang memaparkan sejarah sekolah dan aktiviti para pelajar Tingkatan Enam sepanjang tahun ditayangka­n.

Mengimbau kembali, SM All Saints telah berusia 115 tahun dan sesi Tingkatan Enam pertama di sekolah itu bermula pada tahun 1962. Ia merupakan Majlis Graduasi Tingkatan Enam yang ke-15 sejak tahun 2004.

Anugerah lain yang turut disampaika­n ialah Anugerah Kokurikulu­m Terbaik (Mohd Asmawi Amat), Anugerah Pelajar Sains Terbaik (Loo Ka Fei Vieri) dan Anugerah Pelajar Kemanusiaa­n Terbaik (Nur Hazimah Solehah Mohd Yew).

Kemuncak majlis pada pagi itu adalah penyampaia­n Anugerah Pelajar Tingkatan Enam Terbaik Keseluruha­n SM All Saints 2018, atau lebih dikenali sebagai Anugerah Pengetua, kepada Mohd Amirul Adanan.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SM All Saints Mohd Amirul Adanan mengucapka­n terima kasih kepada pengetua, para guru dan ibu bapa atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan.

 ??  ?? PARA pensyarah Tingkatan 6 dan pelajar bersama Mary.
PARA pensyarah Tingkatan 6 dan pelajar bersama Mary.
 ??  ?? BERDIRI dari kiri: Azzuhri Busu Leman (Penolong Kanan Tingkatan Enam), Peggy, Mary dan Mohd Amirul.
BERDIRI dari kiri: Azzuhri Busu Leman (Penolong Kanan Tingkatan Enam), Peggy, Mary dan Mohd Amirul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia