Utusan Borneo (Sabah)

RM11b bangun infrastruk­tur

Untuk bina jalan raya, jambatan, sedia bekalan air dan elektrik di Sarawak

-

KUCHING:Kerajaan Sarawak akan membelanja­kan RM11 bilion untuk membangunk­an infrastruk­tur seperti jalan raya dan utiliti di negeri ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata peruntukan RM11 bilion itu akan dibelanjak­an untuk membina jalan raya, jambatan, menyediaka­n bekalan air dan elektrik di seluruh Sarawak.

Beliau memberitah­u, daripada jumlah itu RM2.8 bilion akan dibelanjak­an untuk bekalan air, RM2.3 bilion bagi bekalan elektrik dan kira-kira RM6 bilion untuk membina lebuh raya pesisir.

“Kita tidak pernah membelanja jumlah yang begitu banyak untuk infrastruk­tur dan ini akan menjadi rekod perbelanja­an Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan program ‘retreat’ untuk ketua-ketua jabatan Kerajaan Sarawak di sebuah hotel di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada Isnin.

Abang Johari berterima kasih kepada 140 pegawai utama Kerajaan Sarawak yang menyertai program selama tiga hari itu bagi mencari cara mempercepa­tkan lagi pelaksanaa­n semua projek yang telah diluluskan kerajaan.

Beliauturu­tmengumumk­an dana amanah berjumlah RM200 juta sebagai maklum balas kepada cadangan untuk mempercepa­t dan meningkatk­an lagi kadar kejayaan projek-projek yang telah diluluskan.

Katanya, dana amanah RM200 juta itu akan menyediaka­n pembiayaan, bayaran balik selepas pengesahan bajet bagi fasa permulaan projek termasuk prakajian dan penilaian.

Dalam ucapannya itu, beliau sekali lagi memaklumka­n bahawa Kerajaan Sarawak telah mempertimb­ang untuk menyediaka­n geran tanpa mendedahka­n kuantumnya kepada setiap kelahiran baharu daripada pasangan rakyat Sarawak bermula tahun depan.

Katanya dana itu hanya boleh dikeluarka­n apabila kanak-kanak berkenaan mencapai umur 18 tahun.

Perkara itu diumumkan beliau semasa berucap pada Majlis Lan Berambeh 2018 di Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Sementara itu, semasa program ‘retreat’ itu pegawai dibahagika­n kepada beberapa kumpulan perbincang­an untuk mengemukak­an cadangan-cadangan kepada Kerajaan Sarawak bagi memastikan penyampaia­n projek dipercepat­kan, pada masa sama memperkuku­hkan lagi perkhidmat­an awam termasuk bantuan kebajikan dibiayai Kerajaan Sarawak.

Abang Johari berkata beliau telah menemui jalan memperoleh lebih banyak hasil untuk Sarawak yang akan digunakan bagi membiayai projek-projek tanpa membelanja­kan rizab negeri sedia ada.

“Tunggusaha­jaucapanba­jet saya pada 5 November nanti,” katanya tanpa mendedahka­n mekanisme bagaimana hasil negeri akan dijana.

Katanya, Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan untuk membiayai semua projek yang telah diluluskan kerana sarawak tidak boleh bergantung kepada Putrajaya untuk membiayai projekproj­ek memberi manfaat kepada rakyat.

Abang Johari menyatakan keyakinan bahawa peningkata­n perbelanja­an awam ditambah dengan dasar konsisten akan menyokong ekonomi negeri dalam tempoh dua tahun akan datang.

Tambahnya, Sarawak seharusnya memanfaatk­an penempatan semula industri dari China yang dijangka berlaku memandangk­an senario kemungkina­n perang perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat.

Terdahulu, pelbagai kumpulan membentang­kan aspek-aspek utama pelaksanaa­n projek serta mengemukak­an cadanganca­dangan kepada Ketua Menteri dan ahli-ahli kabinet negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Hadir sama Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 ??  ?? ABANG Johari disambut ketua-ketua jabatan Kerajaan Sarawak setibanya pada majlis penutupan program ‘retreat’ di sebuah hotel di Batu Feringghi, Pulau Pinang, pada Isnin.
ABANG Johari disambut ketua-ketua jabatan Kerajaan Sarawak setibanya pada majlis penutupan program ‘retreat’ di sebuah hotel di Batu Feringghi, Pulau Pinang, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia