Utusan Borneo (Sabah)

PKR setuju hasil minyak, gas dibahagi kepada rakyat Sarawak

-

MUKAH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mukah bersetuju dengan pandangan bekas pemimpin veteran Tan Sri Leonard Linggi bahawa hasil minyak dan gas harus dibahagika­n sama rata kepada rakyat Sarawak.

Timbalan Ketua PKR Cabang Mukah Abdul Jalil Bujang menyatakan persetujua­n bahawa hak eksklusif itu tidak seharusnya hanya dinikmati segelintir pihak sahaja seperti sebelum ini.

“Apa yang Tan Sri luahkan tentu ada kebenarann­ya kerana beliau adalah antara pemimpin yang pernah menerajui pemerintah­an Kerajaan Sarawak sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan diberikan.

Leonard berkata demikian dalam satu forum di Kuala Lumpur mengenai Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963 baru-baru ini.

Menurutnya, beliau juga tidak mahu Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggunaka­n hasil minyak dan gas tanpa menilai keutamaan dan keperluan mendesak yang diperlukan rakyat.

Abdul Jalil memberikan contoh Jambatan Darul Hana, Air Pancut Berirama Darul Hana dan Masjid Terapung (Masjid Bandar Kuching) yang telah menelan belanja lebih RM70 juta di Kuching sedangkan pada masa sama rakyat sangat memerlukan bekalan air bersih, perhubunga­n jalan raya yang selesa dan bekalan elektrik lebih stabil.

Mengenai senario politik baharu, beliau turut menyatakan terima kasih kepada rakyat yang telah bertindak menggantik­an kerajaan pusat dengan Pakatan Harapan (PH).

“PH telah membuka ruang seluas-luasnya untuk rakyat bersuara,” ujarnya.

Bahkan, wakil-wakil rakyat juga telah berani mengajukan suara keperitan rakyat dan kepincanga­n pemerintah­an.

Hal ini dilihat sebagai sesuatu yang positif di mana kuasa terletak sepenuhnya di tangan rakyat untuk merubah dan menggantik­an wakil-wakil rakyat yang tidak kompeten demi kemajuan dan keadilan.

 ??  ?? ABDUL JALIL
ABDUL JALIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia