Utusan Borneo (Sabah)

Disangka burung, lelaki mati ditembak rakan

-

KAPIT: Seorang lelaki tertembak mati rakan sendiri yang disangka bayangan seekor burung ketika sedang berburu di kawasan Lubuk Nabau, Rumah Kaya, Sungai Sut, Balleh, dekat sini petang pada Isnin.

Dalamkejad­ianjam4pet­ang itu, mangsa dikenali sebagai Edwin Gading, 26, maut di tempat kejadian akibat tembakan yang dilepaskan mengena kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata, pengadu yang juga suspek, 30, memberitah­u dia tertembak mangsa secara tidak sengaja.

“Suspek menyerah diri di balai selepas kejadian itu dan memberitah­u dia tertembak rakan serumah panjang kerana menyangka bayangan mangsa seperti burung,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sebelum kejadian suspek bersama mangsa pergi memburu dengan menggunaka­n perahu dan mereka berpisah setibanya di tempat kejadian untuk memburu.

“Semasa memburu, suspek telah melepaskan tembakan yang mengenai kepala mangsa.

“Berikutan itu, suspek terus balik ke rumah panjang untuk memaklumka­n insiden itu kepada bapanya apabila mendapati rakannya telah terkena tembakan dan tidak bernyawa,” katanya.

Mereka pergi semula ke tempat kejadian dan membawa mayat mangsa ke Hospital Kapit.

Freddy berkata, berikutan kejadian itu, polis telah merampas selaras senapang patahberse­rtasatukel­ongsong dan suspek ditahan di lokap Balai Polis Kapit untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabka­n kematian,” tambahnya.

 ??  ?? MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Kapit untuk tindakan lanjut.
MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Kapit untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia