Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa jangan ambil mudah isu lewat daftar kelahiran: Fatimah

-

SIBU: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menasihati ibu bapa supaya tidak mengambil mudah isu lewat mendaftar kelahiran.

Katanya, sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian serius ia mampu memberi kesan besar terhadap masa depan anak-anak mereka.

Beliau menegaskan bahawa pendaftara­n kelahiran amat penting untuk anakanak mendapat pelbagai kemudahan disediakan kerajaan.

“Baru-baru ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n bahawa Kerajaan Sarawak akan memperkena­lkan bantuan kewangan untuk bayi yang baharu lahir di negeri ini.

“Inisiatif baharu itu dan jumlah bantuan tersebut akan diumumkan pada 5 November nanti sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya semasa ditemui media pada Selasa.

Terdahulu beliau telah mengadakan lawatan ringkas ke Tadika Ting Cha Hua di Lorong Diong Kik 17 di sini.

Fatimahber­kata,beliauakan bermesyuar­at dengan agensiagen­si kerajaan berkaitan agar isu-isu ketiadaan sijil lahir dan dokumen pengenalan dalam kalangan ibu bapa di negeri ini khasnya diselesaik­an segera.

Ujar beliau, perkara ini harus ditangani segera, supaya kanak-kanak yang dilahirkan kelak mendapat bantuan kewangan seperti yang diperkenal­kan oleh Kerajaan Sarawak serta kemudahan lain termasuk pendidikan.

Bercakap lanjut Fatimah menjelaska­n bahawa pendidikan awal yang baik dapat membantu memaksimum­kan potensi penguasaan anak-anak terhadap pelajaran.

Katanya, apabila mereka melangkah ke prasekolah dan sekolah rendah, mereka semakin faham dan jelas akan tujuan menimba ilmu.

“Anak-anak kecil kita merupakan sumber manusia yang cukup penting kepada pembanguna­n dan masa depan bangsa dan negara.

“Penerapan ilmu yang baik akan membangunk­an generasi yang berketeram­pilan, bersahsiah mulia dan berilmu,” jelasnya.

Fatimah berkata, selain bersosial dengan rakan sebaya, mahupun orang yang lebih besar daripada mereka (guru), mereka akan belajar untuk bergaul dengan rakan, belajar berkongsi dan bertolak ansur.

“Selain aspek sosial, kanakkanak juga jelasnya akan belajar cara menghormat­i orang dan penyelesai­an masalah,” tambah beliau.

Katanya prasekolah menyediaka­n tempat untuk anak mengenal diri, mengembang­kan karakter positif dalam diri dan meningkatk­an keyakinan diri.

 ??  ?? FATIMAH (kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak Tadika Ting Cha Hua di Sibu pada Selasa.
FATIMAH (kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak Tadika Ting Cha Hua di Sibu pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia