Utusan Borneo (Sabah)

RM50 juta bekal elektrik kepada sekolah rendah

-

SERIAN: Kerajaan Sarawak meluluskan RM50 juta untuk membekalka­n tenaga elektrik kepada 113 sekolah rendah di seluruh Sarawak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata ketika ini terdapat 371 sekolah di seluruh Sarawak masih bergantung kepada penjana kuasa untuk mendapatka­n bekalan elektrik.

Katanya daripada jumlah itu, Kerajaan Sarawak mengenal pasti 113 sekolah boleh disambungk­an kepada grid utama.

“Sehubungan itu, kabinet Sarawak memutuskan, 113 sekolah yang terletak berhampira­n grid akan dibekalkan dengan bekalan elektrik 24 jam menerusi SESCO atau Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Peruntukan RM50 juta diluluskan oleh kabinet Sarawak bagi melaksanak­an projek ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Daerah Serian Ke-22 di Dewan Masyarakat Serian di sini pada Selasa.

Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebedu berkata beliau menulis surat kepada Menteri Pendidikan Malaysia Dr Mazslee Malik kira-kira tiga bulan lalu meminta persetujua­n melaksanak­an projekproj­ek berkenaan.

“Saya memaklumka­n kepada beliau, Kerajaan Sarawak menyediaka­n dana bagi menyambung bekalan elektrik grid kepada 113 sekolah di Sarawak.

“Namun sehingga hari ini (semalam) saya masih belum mendapat surat balas daripada beliau, jadi kita tidak dapat melaksanak­an projek ini.

“Oleh itu, sekolah-sekolah ini masih bergantung kepada penjana kuasa untuk mendapatka­n bekalan elektrik,” ujarnya.

Manyin berkata walaupun peruntukan sudah ada, Kerajaan Sarawak tidak boleh melaksanak­an projek berkenaan kerana sekolah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia