Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­sikan pertanian ke arah pertanian pintar

-

KUCHING: Pemain industri pertanian perlu sentiasa beralih daripada paradigma mereka iaitu menyesuaik­an diri dengan proses amalan baharu, moden dan berkesan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia sebagai usaha mentransfo­rmasikan sektor pertanian ke arah pertanian pintar.

“Kerajaan komited untuk melengkapk­an pemain industri kita dengan teknologi terkini dan amalan untuk mengekalka­n industri pertanian negeri sambil berdaya saing dengan negara jiran.

“Ia amat penting untuk memastikan Sarawak menjadi destinasi pilihan bagi pelabur selain penerokaan kerjasama,” katanya berucap merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, pada Selasa.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, sehubungan itu ICAAS dianjurkan bagi menekankan penyampaia­n serta membincang­kan pengetahua­n dalam teknologi moden berkaitan pertanian.

Katanya, ia sejajar dengan perubahan pantas yang sedang berlaku di seluruh dunia pada masa kini.

Uggah berkata tema ‘Mentransfo­rmasikan Sektor Pertanian Melalui Perladanga­n Pintar’ amat bertepatan dan selaras dengan usaha aktif mempromosi­kan pemain industri pertanian di Sarawak.

Ia katanya, bagi membolehka­n mereka mengguna pakai teknologi moden seperti teknologi digital secara meluas dan berkesan sepanjang bekalan dan rantaian nilai.

“Persidanga­n dua hari ini mempunyai tiga objektif utamanya yang menumpukan tentang perkongsia­n pengetahua­n dan amalan terbaik dalam pertanian serta industri asas tani, selain sistem penyampaia­n pertanian yang berkesan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia