Utusan Borneo (Sabah)

Program Road Tour Karnival Usahawan

Ke arah memacu ekonomi ummah, program jelajah di 25 daerah di Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Team Ekonomi Borneo (TEB) Sabah akan mengadakan Program Road Tour Karnival Usahawan dengan kerjasama Majlis Daerah Sipitang (MDS) pada 26 hingga 28 Oktober ini, di Tapak Bazar Sipitang.

Pengerusi penganjur Nuralizah Lee Abdullah @Nelly Lee berkata pelbagai acara menarik telah siap disusunatu­r sempena program yang julung kali dianjurkan itu.

Katanya, program jelajah itu dirancang untuk dilaksanak­an di 25 daerah di Sabah, termasukla­h di Beluran.

“Tujuan utama Program Road Tour Karnival Usahawan ini adalah untuk memacu ekonomi ummah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, ia juga memberi ruang dan peluang serta menggalakk­an para usahawan

“Program jelajah itu dirancang untuk dilaksanak­an di 25 daerah di Sabah, termasukla­h di Beluran. Tujuan utama Program Road Tour Karnival Usahawan ini adalah untuk memacu ekonomi ummah.” NURALIZAH LEE ABDULLAH @ NELLY LEE Pengerusi penganjur

untuk mendaftar menjadi ahli TEB demi membantu para usahawan khasnya golongan bumiputera ke arah memperkemb­angkan potensi dan memajukan lagi perniagaan yang diceburi.

Nuralizah menjelaska­n, kempen ‘Jom Ahli TEB’ dengan bayaran yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM150, menawarkan 23 kelebihan kepada ahli yang mendaftar.

Antaranya ialah peluang dan aktiviti mengikuti kursus bimbingan awal perniagaan, bantuan kos pengiklana­n perniagaan, taklimat motivasi perniagaan, karnival perniagaan di setiap daerah, peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anak-anak ahli dan juga program Hari Keluarga ahli TEB pada setiap tahun.

Beliau berkata TEB juga menawarkan lima kelebihan lain termasukla­h bonus hujung tahun, bonus hari perayaan, skim perlindung­an Takaful Insuran Khas kepada ahli yang keluar negara sahaja, cabutan Umrah percuma kepada ahli dan juga cabutan melancong percuma keluar negara bagi ahli yang bukan beragama Islam.

Nuralizah yang juga pengurus TEB daerah Beluran berkata TEB Sabah juga amat prihatin terhadap kebajikan para ahli yang berdaftar dengan menyediaka­n 12 jenis bantuan kebajikan termasukla­h bantuan kos perubatan bagi anak-anak ahli yang berumur 7 tahun ke bawah, bantuan barangan atau kewangan kepada ibu tunggal dan warga emas, bantuan keperluan pendidikan anak anak ahli dan bantuan pinjaman biasiswa pendidikan.

“TEB Sabah juga menyediaka­n kemudahan dan bantuan untuk ibu bersalin berbentuk barangan bernilai RM200, bantuan kemalangan dan musibah kepada ahli, bantuan skim kecemasan sebanyak RM300 kepada ahli yang hilang pekerjaan,” jelasnya.

Selain itu, bantuan lain yang ditawarkan ialah bantuan untuk menggunaka­n penerbanga­n AirAsia atau Malindo Air dengan diskaun 10 peratus dan juga bantuan tiket sebanyak RM200 kepada anak-anak ahli yang melanjutka­n pelajaran di universiti tempatan (IPT), bantuan kewangan untuk menunaikan Haji dan Umrah, bantuan khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris dan juga saham ahli TEB.

“TEB Sabah ditubuhkan di Sandakan sejak 2016 dengan jumlah keahlian berdaftar setakat ini ialah 5,000 orang di 25 daerah di Sabah,” katanya dan menambah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Team Ekonomi Borneo Sabah ialah Roslan Mayahman.

Sehubungan itu, beliau menyeru para usahawan agar tidak melepaskan peluang keemasan itu.

Para usahawan atau bakal usahawan serta seluruh masyarakat adalah dijemput hadir beramai-ramai ke lokasi program untuk menjayakan, menyaksika­n dan memeriahka­n pelbagai acara menarik sempena karnival itu yang bermula esok (26 Oktober) di daerah Sipitang.

Antara acara menarik sempena karival usahawan itu ialah jualan produk tempatan, kuda berbaju, pertanding­an karaoke, pertanding­an mewarna, ratu etnik kanak-kanak, sukaneka (7 acara) dan pertanding­an tarik tali kategori lelaki dan wanita serta Pertanding­an Mixed Volleyball Tertutup daerah Sipitang 2018 (3 lelaki dan 3 wanita), di Gelanggang VB Sipitang.

Nuralizah berharap program karnival itu mendapat sambutan yang membanggak­an khasnya masyarakat atau penduduk di daerah Sipitang dan sekitarnya.

 ??  ?? NURALIZAH (duduk, tengah) bersama barisan Ahli Jawatankua­sa Pelaksana Program Road Tour Karnival Usahawan.
NURALIZAH (duduk, tengah) bersama barisan Ahli Jawatankua­sa Pelaksana Program Road Tour Karnival Usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia