Utusan Borneo (Sabah)

Pergiat promosi sektor pelanconga­n

-

KEMABONG:Usahamempr­omosi dan memasarkan Kemabong sebagai destinasi pelanconga­n di negeri ini khususnya kawasan pedalaman perlu dipergiatk­an lagi bagi memacu pertumbuha­n ekonomi masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar berkata, selain promosi bagi memacu sektor pelanconga­n agar berdaya maju dan menjadi daya tarikan pengunjung dari dalam dan luar negeri, penambahan­baikan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik serta penginapan juga perlu diberikan perhatian.

“Saya yakin dengan adanya sistem perhubunga­n jalan raya yang baik dan selesa selain kemudahan asas yang lain, ia dapat menarik dan memudahkan pergerakan orang ramai melawat ke daerah ini, khususnya di kawasan yang bersejarah,” katanya ketika ditemui selepas mengakhiri program XPDC Batu Batu Binatikan 2018, di sini.

Beliau berkata, Kemabong mempunyai jenama sendiri kerana mempunyai kawasan yang menarik dilawati seperti Batu Berukir Lumuyun (Batu Binatikan) yang mempunyai lagenda dan sejarahnya tersendiri, yang masih kurang diketahui oleh masyarakat dari luar khususnya pelancong.

Beliau juga yakin jika kemudahan asas dapat ditingkatk­an terutamany­a jalan raya ke kawasan berkenaan dan juga promosi orang ramai, sudah tentu turut menjana ekonomi negeri dan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat meningkatk­an kemudahan asas terutamany­a jalan raya, selain semua pihak yang berkenaan termasuk penggiat industri pelanconga­n dapat memainkan peranan untuk memastikan Kemabong menjadi tumpuan pelancong.

Mengulas program itu, Jamawi berkata selain sebagai salah satu usaha mempromosi­kan Kemabong sebagai destinasi pelanconga­n, ia jugamerupa­kanprogram­mendekati akar umbi bagi menyelami masalah rakyat.

 ??  ?? KRAFTANGAN yang dihasilkan oleh penduduk kampung boleh dijadikan produk pelanconga­n.
KRAFTANGAN yang dihasilkan oleh penduduk kampung boleh dijadikan produk pelanconga­n.
 ??  ?? JAMAWI dan isteri bersama masyarakat Kg Tinura yang begitu teruja menyambut kedatangan­nya serta rombongan.
JAMAWI dan isteri bersama masyarakat Kg Tinura yang begitu teruja menyambut kedatangan­nya serta rombongan.
 ??  ?? JAMAWI turut mengguntin­g rambut penduduk kampung dalam program khidmat masyarakat sempana lawatan itu.
JAMAWI turut mengguntin­g rambut penduduk kampung dalam program khidmat masyarakat sempana lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia