Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n hasil Sabah, Sarawak dapat dijalankan jika fiskal bertambah baik

-

KUALA LUMPUR: Perkongsia­n hasil kerajaan untuk Sabah dan Sarawak hanya dapat dijalankan jika keadaan fiskal negara bertambah baik, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan memerlukan masa sekurangku­rangnya sehingga tahun depan untuk mengemukak­an formula perkongsia­n hasil kerajaan dengan kedua-dua negeri itu.

“Kerajaan persekutua­n akan sentiasa cuba memenuhi tuntutan dan hak kerajaan negeri selaras dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Namun demikian, ia tertakluk kepada kemampuan dan kedudukan hasil kerajaan,” katanya semasa menjawab soalan Wong Chen (PKR-Subang) pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Lim berkata kedudukan fiskal kerajaan persekutua­n amat mencabar dan menghadapi banyak kekangan kewangan ekoran daripada skandal kewangan terdahulu yang diwariskan kepada kerajaan baharu.

“Itu (perkongsia­n hasil) adalah komitmen yang diberikan oleh kerajaan dan jika tiada masalah kewangan, tidak akan ada isu besar (untuk melaksanak­annya). Mahu tidak mahu, kita perlu hadapi hakikat tersebut,” katanya.

Katanya selaras dengan Teras 4 Buku Harapan, mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 September lepas bersetuju dengan penubuhan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 dan membuat pengesyora­n kepada Kerajaan Persekutua­n berhubung pelaksanaa­n hak dan autonomi Sabah dan Sarawak.

Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanak­an melalui tiga peringkat iaitu Jawatankua­sa Pemandu, Jawatankua­sa Teknikal dan Jawatankua­sa Kerja, masing-masing dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan turut dianggotai oleh pakar dalam bidang tertentu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia