Utusan Borneo (Sabah)

Proses ratifikasi CPTPP perlukan dua sidang Parlimen lagi: MITI

-

KUALA LUMPUR: Proses ratifikasi Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n TransPasif­ik (CPTPP) mungkin memerlukan dua sidang Parlimen lagi bagi meminda peraturan dan undangunda­ng berkaitan, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Isham Ishak.

Katanya, terdapat 18 undang-undang dan peraturan yang perlu dipinda oleh Parlimen sebelum CPTPP boleh dibawa kepada Kabinet untuk kelulusan.

“Kalau ikut perancanga­n asal, sepatutnya kita buat ratifikasi pada Februari tahun depan.

“(Tetapi) mungkin memerlukan satu atau dua sidang Parlimen lagi untuk memastikan bahawa peraturan tersebut telah dibuat dengan baik dan telah mendapat konsultasi dengan pihakpihak yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Perniagaan Tanggungja­wab Sosial Korporat Kind Malaysia 2018 di sini, semalam.

Isham berkata, antara cabaran dalam proses ratifikasi CPTPP adalah untuk meyakinkan kerajaan bahawa perjanjian tersebut adalah baik untuk negara.

“(Perdana Menteri) Tun (DrMahathir­Mohamad)telah banyak kali menyaranka­n supaya kita melaksanak­an kajian dengan sedalamdal­amnya untuk memastikan bahawa manfaat CPTPP akan dapat kepada negara ini,” katanya.

Oleh itu, katanya, adalah penting untuk memberi masa kepada kerajaan baharu untuk yakin yang perjanjian berkenaan bukanlah satu agenda politik tetapi merupakan satu agenda ekonomi yang besar kepada negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia