Utusan Borneo (Sabah)

Program pembanguna­n diharap dapat peruntukan yang cukup

Lebih 15 kementeria­n, 60 agensi terlibat dalam pembanguna­n PKS

-

KUALA LUMPUR: SME Corporatio­nMalaysia(SME Corp) berharap programpro­gram pembanguna­n di bawah kementeria­n dan agensi kerajaan akan dapat peruntukan­yangmencuk­upi di bawah Bajet 2019.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rizal Nainy berkata lebih daripada 15 kementeria­n dan 60 agensi sedang terlibat dalam pelbagai program pembanguna­n PKS.

“Kami di SME Corp juga mempunyai strategi jangka panjang, antaranya adalah untuk mewujudkan syarikat perniagaan yang lebih inovatif dan produktif supaya sumbangan mereka kepada ekonomi, terutama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat,” katanya.

Rizal berkata demikian kepada pemberita semasa SME CEO Forum 2018 di sini semalam.

Katanya lagi, SME Corp, yang diletakkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, sebelum ini telah menggarisk­an pelan strategik bagi membantu golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) termasuk usahawan belia dan wanita.

“Matlamat pelan itu adalah untuk membantu kumpulan sasar ini yang mana kami lihat boleh membuat sumbangan yang lebih banyak kepada pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Sebagai contoh, SME Corp menyaksika­n jumlah usahawan wanita di Malaysia semakin bertambah.

“Sekarang ini, lebih kurang 20.6 peratus daripada jumlah PKS, atau bersamaan dengan lebih 187,000 pertubuhan perniagaan di negara ini dimiliki oleh wanita.

“Ini bermakna mereka memegang lebih daripada 51 peratus kepentinga­n dalam sesebuah syarikat, atau mereka adalah Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan yang memegang kira-kira 10 peratus ekuiti dalam syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau ketika mengulas mengenai program bantuan kepada kumpulan B40, berkata bantuan itu lebih berbentuk membantu mereka mendapatka­n akses kepada pembiayaan.

“Mudah-mudahan dengan tawaran pembiayaan mikro, terutamany­a apabila teknologi kewangan mula melonjak, mereka akan lebih sedar dan menggunaka­n kemudahan ini, selain daripada bergantung sematamata kepada perbankan konvension­al,” katanya.

Rizal berkata akses kepada pembiayaan merupakan salah satu fokus dalam enam Pelan Induk PKS (2012-2020), yang juga selaras dengan tumpuan yang dinyatakan semasa kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 baru-baru ini.

“Akses kepada pembiayaan sentiasa menjadi salah satu cabaran kepada PKS.

“Bagaimanap­un, programpro­gram yang sesuai, yang dijalankan oleh kerajaan seperti pengenalan kepada pembanguna­n keupayaan dan kebolehan, termasuk program latihan, juga membantu PKS untuk pergi lebih jauh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia