Utusan Borneo (Sabah)

25 sertai kelas lakonan TV & filem bersama pengarah filem MP Roslin Md Sharif

-

PADA Sabtu dan Ahad lepas telah berlangsun­g Kelas Lakonan TV dan Filem bersama Pengarah Filem MP Roslin MD Sharif yang diadakan di Pejabat Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah Bahagian Tawau.

MP Roslin adalah antara pemenang drama terbaik Anugerah Skrin 2008, pemenang anugerah Pengarah Adaptasi Novel Terbaik, Top 5 Best Filem Director anugerah Meletop Era.

Antara drama-drama bersiri TV arahan MP Roslin yang sangat popular adalah: Abang Bomba I Love, Suamiku Encik Sotong, Kalau itu Jodoh Kita, Suami Tanpa Cinta, Sedetik Cinta, Cinta 11 Syarat Raya, Tragedi Duit Raya dan filem ‘Sepah The Movie’.

Kebanyakan dramadrama arahan beliau disiar melalui saluran Astro dan TV3.

Seramai 25 peserta menyertai kelas ini; antaranya Amran Abdullah Latip, Haslinda Othman, Idar Sappe, Mohd Ridwan Mohd Yahya, Irmayana Ismail, Aspirah Yennu, Nor Hassakilah Hassan Basri, Marpang Umar, Mardianna Sardi, Norasmah Ali Sagal, Wahida Kilaseng, dan Mohd Shamizal Francis.

Peserta lain ialah Noornani Mallah, Muhammad Haziq Agus Salim, Bain Lanuru, Suaib Sanare, Dirmansah Ladiro, Mary Fred Hamidah Abdullah, Julina Lukman, Ashri Sarifuddin, Nurul Azmirah Azman, Jamil Aziz, Erwin Bahar, Norasikin Halih dan Suzilawaty Eric.

Penganjura­n dua hari bermula dari 10 pagi hingga 4 petang itu tajaan beberapa pemimpin daerah Tawau antaranya; Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, DUN Merotai Sarifuddin Hatta, Datuk Hj. Abd. Muis Hj Picho (DUN Sebatik), Frank Salazar (Ketua Bahagian P. 191 Warisan), Haji Abu Bakar (Bendahari Warisan), Kamarudin Mohmad Chinki (Chang & Kamarudin), dan Hasanuddin Andi (Indah Sawit).

Program merupakan anjuran Seven Crew Production dari Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Pengarah Filem Azmi Black dan mendapat kerjasama dari Pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Bahagian Tawau, Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu (PRBM) Malaysia, Amber Park Mini Market Ernie, Nani Enterprise, Millionair­e Reality Enterprise, Gemilang Trading, Sthamin Cafe dan Sumber Karya Seni.

 ??  ?? PARA peserta Kelas Lakonan TV dan Filem 2018 bersama Roslin MD Sharif dan Azmi Black sempena makan malam penutupan kursus berkenaan.
PARA peserta Kelas Lakonan TV dan Filem 2018 bersama Roslin MD Sharif dan Azmi Black sempena makan malam penutupan kursus berkenaan.
 ??  ?? PENGARAH Filem MP Roslin MD Sharif.
PENGARAH Filem MP Roslin MD Sharif.
 ??  ?? (Dari kiri) MARY Fred Hamidah Abdullah (Peserta Supporting Wanita), Ashri Sarifuddin (Peserta Lakonan Terbaik) Jamil Aziz (Sumber Karya Seni) dan Dirmansah Ladiro (Peserta Supporting Lelaki).
(Dari kiri) MARY Fred Hamidah Abdullah (Peserta Supporting Wanita), Ashri Sarifuddin (Peserta Lakonan Terbaik) Jamil Aziz (Sumber Karya Seni) dan Dirmansah Ladiro (Peserta Supporting Lelaki).
 ??  ?? ASHRI Sarifuddin (kanan), peserta Lakonan Terbaik Kelas Lakon TV dan Filem 2018 bersama MP Roslin MD Sharif.
ASHRI Sarifuddin (kanan), peserta Lakonan Terbaik Kelas Lakon TV dan Filem 2018 bersama MP Roslin MD Sharif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia