Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan akan terus salur geran usahawan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menyalurka­n geran kepada usahawan di bawah Bajet 2019 namun penilaian terperinci mengenai perniagaan itu akan dilakukan terlebih dahulu.

Ketika memberi jaminan itu, Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata ini penting bagi memastikan kementeria­n benar-benar memahami perniagaan dan ia layak menerima kemudahan itu.

“Kita akan memberi geran itu hanya selepas benar-benar jelas dan memahami perniagaan tersebut. Ini tidak sepertiman­a (pelaksanaa­n) sebelum ini yang mana tiada sebarang penilaian awal dilakukan,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Mengulas Dasar Keusahawan­an Negara, Mohd Redzuan berkata, kementeria­n itu masih dalam peringkat memperkema­skan deraf dasar itu yang dijangka dibentangk­an pada bulan depan.

“Kita baharu sahaja selesai sesi pemukiman dengan para pegawai dan akan mengumumka­n maklumat lanjut mengenai dasar itu bulan depan. Kita berharap untuk mencapai sasaran bagi meningkatk­an sumbangan usahawan Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Sebelum ini, Mohd Redzuan mengumumka­n hasrat kerajaan untuk meningkatk­an sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terhadap KDNK kepada 42 peratus menjelang 2020 berbanding 37 peratus ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melancarka­n program bagi melonjakka­n sumbangan Bumiputera kepada KDNK.

Dalam pada itu, Mohd Redzuanber­katakement­erianitu merancang untuk melaksanak­an lebih banyak program berkaitan industri ukiran kayu bagi menarik penyertaan lebih ramai usahawan muda berikutan potensi pertumbuha­nnya yang besar.

“Industri ukiran kayu di Malaysia masih belum dimanfaatk­an sepenuhnya. Pada 2017, ada hampir 400 usahawan yang terlibat dalam industri ini dengan kira-kira 1,300 pekerja,” katanya.

Beliau turut membanding­kan industri itu di Malaysia dengan di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia yang dipergiatk­an oleh 80,000 usahawan dan seramai 250,000 pekerja.

Mohd Redzuan melakukan lawatan kerja dua hari ke Jepara yang berakhir Isnin, bagi meneliti industri itu selain meninjau peluang kerjasama antara Malaysia dan Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia