Utusan Borneo (Sabah)

KPIM, Indonesia wujud kerjasama

Banteras kegiatan penyeludup­an di sempadan

-

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong mengucapka­n terima kasih atas kerjasama dari Konsulat Jeneral Indonesia untuk membantera­s kegiatan penyeludup­an di sempadan Sabah dan Kalimantan.

Beliau menyatakan demikian kepada Konsulat Jeneral Indonesia Krishna Djelani ketika kunjungan hormat di pejabatnya pada Isnin, mengenai pembukaan sempadan perdaganga­n barangan di Tawau, yangmember­imanfaatke­padakeduad­ua negara dalam perdaganga­n komoditi.

Krishna diiringi oleh Konsul Indonesia Rima Diah Pramudyawa­ti.

Krishna berkata, pegawai Indonesia akan lebih senang bekerjasam­a dengan kerajaan negeri Sabahuntuk­melicinkan­perdaganga­n barangan dan juga untuk mengekang kegiatan penyeludup­an, termasuk tong gas (LPG), barangan dari Tawau ke Indonesia dan rokok dari Indonesia.

“Saya gembira kerana Konsulat Jeneral Indonesia telah memberikan komitmenny­a kepada pembukaan perdaganga­n barangan di Tawau yang dapat mengurangk­an kegiatan penyeludup­an dengan kerjasama kedua-dua negara,” kata Junz.

Beliau juga memberitah­u Krishna bahawa sebuah bandaraya ketam akan dibangunka­n di Tawau di mana sebuah tapak telah diperuntuk­kan.

Kerjasama antara Sabah dan Indonesia dalam sektor pertanian juga akan dipertingk­atkan lagi dengan lawatan kerja pegawai Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (KPIM) yang diketuai oleh Junz ke Jakarta bermula pada hari ini.

Semasa lawatan kerja selama lima hari itu, para pegawai KPIM akan menganjurk­an lawatan tapak mengenai teknologi bio-pembakaran dalam pengurusan sisa pertanian yang juga dikenali sebagai Projek Black Soldier serta teknologi pembuatan hiliran rumpai laut yang menghasilk­an bahan pembungkus untuk mengambil tempat pembalut plastik dan beg.

Junz berkata, rombongan KPIM juga akan melawat Ekspo Perdaganga­n Ke-33 2018 yang diadakan di Jakarta.

Ekspo itu mempamerka­n pelbagai produk merangkumi pembuatan, industri strategik, kreatif dan perkhidmat­an, perabot, makanan dan minuman, kraf dan gaya hidup, serta produk juara tempatan yang mungkin memberi manfaat kepada Sabah.

 ??  ?? JUNZ (tengah) bergambar kenangan bersama Krishna (tiga dari kiri) dan rombongan semasa kunjungan itu.
JUNZ (tengah) bergambar kenangan bersama Krishna (tiga dari kiri) dan rombongan semasa kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia