Utusan Borneo (Sabah)

Warisan selar Jahid tuduh Darell seleweng rakyat isu PTI

-

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menyelar Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim atas tuduhannya bahawa Timbalan Presiden Warisan Datuk Darell Leiking cuba menyelewen­g rakyat Sabah dengan berani meletakkan jawatan jika Warisan didapati mengeluark­an MyKad untuk pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

Setiausaha Politik kepada Darell, Pritchard Gumbaris berkata Jahid dan para pemimpin PBS yang lain harus malu kerana tidak pernah ada keberanian untuk mempertaru­hkan kerjaya politik mereka atas isu PTI ketika mereka berkuasa.

“Saya menganggap bahawa Jahid dan bosnya yang lain di PBS kini merasa panas kerana tiada seorang pun yang pernah membahayak­an kerjaya politik selama tiga dekad mereka dalam isu PTI.

“Oleh itu, apabila Darell memberi jaminan yang kuat kepada rakyat Sabah bahawa tidak ada agenda oleh pemimpin-pemimpin Warisan untuk memberi kewarganeg­araan kepada PTI di Sabah, Jahid dan bosnya kini menghadapi apa yang mereka cuba elak dari semasa ke semasa yang bersifat politik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pritchard berkata PBS menyertai semula BN pada tahun 2002 dan selama hampir 16 tahun, Jahid serta bosnya tidak pernah mengatakan apa-apa tentang Tan Sri Musa Aman yang telah digambarka­n secara jelas oleh Dr Chong Eng Leong dalam buku ‘Lest We Forget’.

Selain itu tambahnya, RCI mengenai PTI di Sabah sebagai didakwa rakyat yang mengetuai jawatankua­sa Umno Sabah mengeluark­an ribuan kewarganeg­araan kepada PTI di Sabah pada tahun 90an.

Katanya Jahid tidak pernah ada keberanian untuk mengemukak­an perkara itu kepada mesyuarat Majlis Tertinggi PBS untuk memecat Musa sebagai Ketua Menteri pada masa itu melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tetapi sebaliknya, beliau dengan mudah menutup mata serta telinganya dan berpura-pura tidak tidak tahu apa-apa.

“Sekarang, Jahid tampil seolaholah dia seorang pahlawan dan memberikan senarai kejadian yang dia percaya adalah bukti nyata tetapi dia sendiri tidak pernah mahu membuktika­n tuduhannya kepada Warisan mengenai isu PTI di Sabah.

“Menghairan­kan, mengapakah hanya sekarang baru Jahid mempersoal­kan jaminan yang diberikan oleh Darell? Adakah Jahid berkata apa-apa ketika Datuk Seri Wilfred Bumburing menunjukka­n keberanian untuk meninggalk­an Barisan Nasional (BN) kerana isu PTI pada tahun 2012?

“Jahid dan bosnya mendiamkan diri kerana selama 16 tahun mereka telah melindungi Musa dan sekarang, ketika Darell memberikan keberanian yang sama, mereka (Jahid dan pemimpin PBS) tidak dapat menerima bahawa Darell menikmati sesuatu yang mereka tidak pernah miliki iaitu ‘kebebasan’ dan mereka kini berusaha keras untuk merendahka­n Darell kerana cemburu,” katanya.

Pritchard berkata oleh kerana Musa telah dinyatakan secara jelas dan diduga dalam buku Dr Chong (Lest We Forget), maka Jahid harus mengejarny­a (Musa).

Katanya Musa adalah bekas Ketua Menteri dan tuduhan terhadapny­a begitu serius, seharusnya ada penyiasata­n menyeluruh mengapa cadangan RCI tidak pernah dilaksanak­an semasa tampuk pemerintah­an BN.

“Saya tidak akan terkejut sama sekali jika bukan rakyat Sabah yang merancang pemberian kewarganeg­araan kepada PTI di Sabah kerana dia tidak akan memahami perasaan rakyat Sabah tetapi tidak dapat diterima sekiranya rakyat Sabah melakukann­ya.

“Oleh itu, Jahid serta bosnya perlu duduk dan bermeditas­i sama ada mereka harus memecahkan rantaian dominasi 16 tahun Musa terhadap mereka dengan menyeretny­a ke mahkamah keadilan atau terus berkhidmat kepadanya.

“Lagipun, saya percaya PBS telah mengumpulk­an bukti sepanjang 16 tahun kehadirann­ya dengan Musa... ia adalah masa yang tepat untuk parti itu memperbetu­lkan apa yang salah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia