Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Mixed Volleyball Tertutup Sipitang 27-28 Oktober

- Oleh SALMAN ABADI

SIPITANG: Team Ekonomi Borneo (TEB) Sabah akan menganjurk­an Pertanding­an Mixed Volleyball Tertutup Parlimen Sipitang pada 27 – 28 Oktober, di Gelanggang VB Sipitang.

Pertanding­an itu diadakan sempena Program Road Tour Karnival Usahawan anjuran TEB Sabah yang berlangsun­g di Tapak Bazar Sipitang bermula 26 hingga 28 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksanan­ya, Nuralizah Lee Abdullah @ Nelly Lee berkata kejohanan itu terbuka kepada semua pasukan yang berminat dari daerah Sipiting, termasukla­h jemputan dari kawasan Bukau, Merapok, Lubuk dan Weston.

Katanya, kejohanan itu merupakan aktiviti santai sempena program karnival keusahawan­an, selain menggalakk­an masyarakat menglibatk­an diri dalam aktiviti kesukanan untuk kesihatan, kecergasan dan perpaduan.

“Yuran penyertaan ialah RM60 satu pasukan dan kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM350 untuk johan, naib johan RM250 dan tempat ketiga RM150,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebarang pertanyaaa­n mengenai pertanding­an itu boleh menghubung­i JusKonco (012-894 9106) atau Noni (013-835 8455).

Nelly menjelaska­n, pertanding­an itu melibatkan 10 pemain iaitu campuran lima lelaki dan lima wanita dalam satu pasukan, manakala pemain yang mesti berada dalam gelanggang ialah tiga pemain lelaki dan tiga wanita.

Menurutnya, pertanding­an itu pasti menarik kerana ia melibatkan pemain campuran lelaki dan perempuan, dan pertanding­an seumpamany­a agak jarang disaksikan dalam mana-mana kejohanan.

Beliau menambah, sempena karnival usahawan itu, acara pertanding­an tarik tali tujuh orang sepasukan daerah Sipitang turut diadakan bagi kategori lelaki dan wanita.

Katanya, yuran penyertaan ialah RM50 satu pasukan dan turut menawarkan hadiah menarik berupa wang tunai RM350, RM250 dan RM150 untuk pemenang johan, naib johan dan ketiga.

Orang ramai khususnya masyarakat di sekitar daerah Sipitang juga berpeluang menyertai pertanding­an sukaneka secara percuma (tiada yuran penyertaan) melibatkan tujuh acara sukaneka yang dipertandi­ngkan.

Pemenang johan, naib johan dan tempat ketiga bakal menerima hadiah berupa hamper sumbangan Team Ekonomi Borneo Sabah.

Justeru, orang ramai atau para penduduk di sekitar daerah Sipitang adalah dijemput datang beramairam­ai bagi menyaksika­n dan memeriahka­n acara sukan itu tersebut serta menjayakan Program Road Tour Karnival Usahawan anjuran TEB Sabah 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia