Utusan Borneo (Sabah)

Kursus pengadil badminton 27-28 Okt Arsenal berdepan ujian sukar di Lisbon, Chelsea mungkin tanpa khidmat Hazard

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pengadil antarabang­sa Sabah Datuk Sir Anthony Linggian dengan kerjasama Persatuan Badminton Sabah (SBA) akan menganjurk­an Kursus Pengadil Kebangsaan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) pada 27-28 Oktober.

Kursus itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat terutama pegawai teknikal badminton, guru-guru, jurulatih dan pemain.

“Sasaran utama adalah mereka yang berusia 17-54 tahun dan berminat menjadi pengadil badminton. Kursus ini juga sebagai persiapan menduduki Ujian Pengadil Kebangsaan.

“Penyertaan adalah percuma. Oleh itu kami berharap ramai yang akan menyertai kursus tahunan ini,” kata Anthony dalam kenyataan medianya pada Rabu.

Beliau berharap kursus seumpama itu akan dimanfaatk­an terutama ketika SBA berusaha melahirkan pegadil antarabang­sa.

“Setakat ini, Sabah belum ada pengadil antarabang­sa (selepas Anthony) tetapi saya percaya ini akan berubah tidak lama lagi,” katanya.

Selain membentang­kan beberapa kertas kerja, Anthony juga akan berkongsik­an pengalaman­nya selaku pengadil Pesekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk memastikan pengadil negeri ini dibekalkan dengan pengetahua­n terkini seterusnya memenuhi keperluan semasa pengadil berkelayak­an.

Antara kertas kerja yang akan dibentangk­an adalah Undang-Undang Terkini Badminton, Arahan Kepada Pegawai Teknikal, PeraturanA­mPertandin­gan BWF, Panduan Laporan Keputusan, Undian dan Video serta Mengoptima­kan Jadual Kerja.

Peserta juga akan menjalani latihan praktikal.

Anthony berkata, semua yang akan disampaika­n dalam kursus itu adalah keperluan penting untuk menjadi pengadil yang baik. PARIS, Perancis: Dengan jadual padat, Arsenal akan membawa rekod 10 kemenangan berturut-turut ke Sporting Lisbon ketika buruan untuk memenangi trofiLigaE­uropaditer­uskan hari ini sementara kelab jirannya, Chelsea, berkemungk­inan tanpa bintang utama Eden Hazard menanti kunjungan BATE Borisov dari Belarus.

Selepas mencipta kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertanding­an dengan menewaskan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas, skuad kendalian Unai Emery menjadi pasukan yang akan menjadi perhatian dalam aksi Kumpulan E.

Arsenal dan Sporting berkongsi enam mata selepas dua perlawanan, dengan Qarabag dari Azerbaijan dan Vorksla dari Ukraine, masih tanpa sebarang mata.

Sporting berada di tangga kelima Liga Portugal, empat mata di belakang pendahulu liga dengan bekas bintang Manchester United, Nani, menjaringk­an tiga gol dari tujuh perlawanan liga.

Jika Arsenal memerlukan lebih banyak sebab untuk mempercaya­i peluang mereka untuk melangkah jauh, mereka tidak perlu melihat jauh. Sebagai jurulatih Sevilla pada 2013 hingga 2016, Emery membimbing kelab itu memenangi trofi Liga Europa sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Kami mula bermain dengan jiwa,” kata Emery selepas kemenangan 3-1 ke atas Leicester City, di mana bintang utama, Mesut Ozil beraksi cemerlang dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Saya fikir kami bermain beberapa aksi bola sepak seksi,” kata Ozil.

Sporting, yang menang 2-1 di Loures dalam aksi Piala Portugal dengan Nani dan Bruno Fernandes menjaringk­an gol, seharusnya lebih cergas kerana mereka bermain pada hari Sabtu.

Arsenal bermain pada hari Isnin dan Emery, yang sudah melakukan beberapa pertukaran pemain kerana jadual padat, dijangka akan membuat pertukaran baharu selepas Nacho Monreal dan Sead Kolasinac tidak dapat diturunkan.

“Semalam (Isnin) adalah hari yang buruk dari segi kecederaan,” akui Emery Selasa lepas.

Selepas memenangi keduadua perlawanan pembukaan Kumpulan L, Chelsea boleh mengambil satu langkah besar ke pusingan kedua dengan kemenangan ke atas BATE walaupun mereka mungkin beraksi tanpa Hazard.

Pemain antarabang­sa Belgium itu berkata beliau begitu teruk diasak ketika Chelsea seri 2-2 dengan Manchester United di mana beliau mungkin tidak dapat beraksi menentang BATE kerana kecederaan belakang.

“Apabila saya bangun Isnin lepas, saya berasa sakit. Malah semasa separuh masa kedua (menentang United), saya tidak dapat memecut dengan sempurna,” katanya.

Dengan penyerang Alvaro Morata bergelut mencari gol di mana beliau hanya menjaringk­an tiga gol setakat ini, ketiadaan Hazard mungkin mengurangk­an ancaman di jentera serangan Chelsea.

Namun pemain sayap, Willian, tetap yakin dengan peluang mereka dengan mendakwa keseluruha­n kelab telah mendapat semangat baharu dengan kehadiran jurulatih baharu, Maurizio Sarri.

“Cara kami bermain musim ini, kami boleh melangkah jauh,” kata Willian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HAZARD mengerang kesakitan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP HAZARD mengerang kesakitan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London pada Sabtu lepas.
 ??  ?? ANTHONY
ANTHONY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia