Utusan Borneo (Sabah)

Trofi Juara-Juara Asia: M’sia pertahan rekod tanpa kalah

-

KUALALUMPU­R:Malaysia mempertaha­nkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia 2018 apabila mencatatka­n keputusan seri tanpa jaringan dengan juara bertahan Asia, India pada perlawanan keempat kejohanan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, Oman, awal pagi Rabu waktu Malaysia.

Keputusan itu bagaimanap­un tidak mengubah kedudukan dengan India kekal di tangga teratas mendahului Malaysia berikutan perbezaan gol.

Kedua-dua pasukan yang sudah layak ke separuh akhir itu berkongsi 10 mata dengan tiga kemenangan dan satu seri.

Pada pertemuan awal pagi tadi, India mengawal permainan dari awal dengan melancarka­n serangan yang berterusan ke kubu Malaysia serta hampirhamp­ir membolosi gawang negara pada minit ke-9 selepas pengadil memberikan pukulan sudut penalti, namun penjaga gol Malaysia Muhammad Hairi Abd Rahman berjaya menepis keluar kuisan pemain India itu.

Pada minit akhir babak pertama perlawanan, India sekali lagi hampir memecahkan kebuntuan namun pukulan Mandeep Singh tersasar melepasi gawang gol sekalipun hanya berdepan Muhammad Hairi.

Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak namun tetap gagal membolosi kubu lawan sehingga tamat perlawanan.

Ketua jurulatih skuad lelaki negara Roelant Oltmans gembira dengan keputusan itu namun mengakui anak buahnya tidak banyak menguasai permainan.

“Saya bangga dengan prestasi pasukan khususnya bahagian pertahanan kerana pemain bekerja keras, berdisipli­n serta langsung tidak memberi ruang untuk India menjaringk­an gol.

“Perkara pertama yang perlu sekarang ialah berehat, menghilang­kan keletihan selepas mengharung­i dua perlawanan berturut-turut dan selepas itu saya mahu lihat penguasaan permainan yang lebih baik dalam pertemuan akan datang,” kata jurulatih dari Belanda berusia 64 tahun itu.

Malaysia akan menamatkan saingan awal menentang Pakistan pada Khamis (waktu tempatan). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia