Utusan Borneo (Sabah)

Golf Piala HSCCC 2018 sukses

250 pemain terlibat sempena Hari Jadi Rasmi Ke-65 TYT

-

KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang Dipertua Negeri (HSCCC) 2018 berlangsun­g jayanya di Sutera Harbour Marina, Golf & Country Club (SHMGCC) baru-baru ini.

Dimulakan dengan pertanding­an golf melibatkan penyertaan 250 pemain menerusi permulaan permainan sesi pagi dan tengahari, program diteruskan dengan Majlis Penyampaia­n Hadiah bersempena Majlis Makan Malam Gala di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort.

Kejohanan tahunan itu diadakan bersempena Hari Jadi Rasmi Ke-65, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr. Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, yang mana merupakan penung Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club (SHMGCC) dan Yayasan Nur Jauhar.

Sesi pertanding­an golf turut dimeriahka­n dengan aksi Tun Juhar bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah; Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri; Datuk Aidi Mokhtar, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak; Datuk Seri Panglima David Wong, Datuk Bandar Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai, pengerusi Sutera Harbour Resort; Datuk Sam Goi serta Pengerusi Yayasan Nur Jauhar merangkap pengerusi penganjur Mejar (K) Haji Al Hambra Tun Juhar.

Manakala Majlis Makan Malam Gala pula dihadiri oleh Tun Juhar bersama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri R.M. Jasni serta tetamu-tetamu kehormat termasuk Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Aidi Mokhtar, dan Datuk Seri Panglima David Wong.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Teck Guan Group; Datuk Hong Kim Fah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour Resort; Gerard Tan dan Timbalan Pengarah Wilayah Hap Seng Group Sabah; Joanne Chung.

Al Hambra semasa berucap di Malam Gala, merakamkan terima kasih kepada semua penaja, para peserta golf serta tetamu Malam Gala di atas sokongan dalam memastikan kejayaan kejohanan edisi ke-4 tahun ini.

“Dana ini akan digunakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik di Sabah tanpa mengira latar belakang, agama mahupun etnik, sejajar visi dalam membantu dan meningkatk­an kualiti hidup masyarakat kerana Yayasan ini percaya, kemakmuran masyarakat menyumbang pada pembanguna­n negara.

“Sehingga ke hari ini, Yayasan Nur Jauhar telah membantu lebih 2,000 individu dan organisasi di seluruh Malaysia khususnya di Sabah,” jelas Al Hambra.

Dalam aksi persaingan golf, pasukan Team 5 merangkul gelaran juara selepas gandingan mantap Haliman Endak (nett 69), Radin Yusof (nett 70), Hashim Nasip (nett 70) dan Mohd Adam Aliff (nett 73) mengumpul nett keseluruha­n 209 pukulan, menerusi tiga keputusan terbaik, untuk mengatasi 61 pasukan lain yang mengambil bahagian.

Mereka menewaskan pasukan The Eagle menerusi kelebihan selesa tiga pukulan memaksa Datuk Hajam Lajam Alam (nett 70), Affandi Awg Besar (nett 70), Awg Damit Pg. Osman (nett 72) dan Dr. Bahaman Ahmad (nett 72) yang mengumpul nett keseluruha­n 212 pukulan, sekadar berpuas hati muncul selaku naib johan.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan Mix 1 gandingan Dahil Masdik (nett 70), Haji Norsalleh Udin (nett 71), SAC Jauteh Dikun (nett 72) dan Lt. Kol Herman Bombang (nett 75) mengumpul nett keseluruha­n 213 pukulan.

Dalam pada itu, Haji Pg. Mohd Yusof Pg. Abd. Razak dengan catatan nett 70 pukulan terpaksa melalui Kiraan Semula (OCB) untuk muncul selaku juara seterusnya menjulang Trofi Jemputan Tuan Yang Terutama.

Beliau mengatasi pencabar utama Charlayne Chong yang turut mencatat nett 70 pukulan untuk muncul selaku naib johan sambil Datuk Eddie Abdullah dengan nett 71 pukulan menduduki tempat ketiga.

Kejohanan tahun ini menawarkan hadiah Pukulan Selubang (HiO) yang lumayan berupa sebuah kereta Mercedes GLA 200 sumbangan Hap Seng Star Sdn Bhd, jam tangan eksklusif Hublot bernilai RM28,000 sumbangan The Hour Glass Sdn Bhd, set golf Yamaha sumbangan MST Golf serta wang tunai RM5,000, tetapi tiada pemain bertuah yang berjaya melakukan HiO.

Kejohanan tahunan itu mendapat tajaan utama dari Hap Seng Consolidat­ed Berhad dan Teck Guan Group, selain penaja-penaja lain termasuk Affin Hwang Asset Management Berhad, Petronas, Perbadanan Tenaga Sabah, Ultron, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, 100Plus, Gleneagles Kota Kinabalu, MAS Wings, Moma Water, Sounds Tech Production Sdn Bhd, Prestige Magazine dan Hyatt Regency Kinabalu.

 ??  ??
 ??  ?? JAUJAN (tengah) diiringi Al Hambra (dua kiri) menyampaik­an hadiah-hadiah Trofi Jemputan TYT kepada Pg. Mohd Yusof diwakili Adrian Alang (dari kanan), Charlayne dan Eddie.
JAUJAN (tengah) diiringi Al Hambra (dua kiri) menyampaik­an hadiah-hadiah Trofi Jemputan TYT kepada Pg. Mohd Yusof diwakili Adrian Alang (dari kanan), Charlayne dan Eddie.
 ??  ?? TUN Juhar (tengah) diiringi Al Hambra (kiri) menerima sumbangan bernilai RM50,000 daripada Hap Seng Consolidat­ed yang diwakili oleh Joanne Chung.
TUN Juhar (tengah) diiringi Al Hambra (kiri) menerima sumbangan bernilai RM50,000 daripada Hap Seng Consolidat­ed yang diwakili oleh Joanne Chung.
 ??  ?? TUN Juhar (depan lapan kiri) bersama para peserta sesi pagi Kejohanan Golf Piala Amal HSCCC 2018 merakamkan kenangan sebelum memulakan permainan di SHMGCC.
TUN Juhar (depan lapan kiri) bersama para peserta sesi pagi Kejohanan Golf Piala Amal HSCCC 2018 merakamkan kenangan sebelum memulakan permainan di SHMGCC.
 ??  ?? TUN Juhar (enam kiri) dan Toh Puan Norlidah (empat kanan) bersama para penaja Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang Di-Pertua Negeri (HSCCC) dan Malam Gala 2018.
TUN Juhar (enam kiri) dan Toh Puan Norlidah (empat kanan) bersama para penaja Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang Di-Pertua Negeri (HSCCC) dan Malam Gala 2018.
 ??  ?? TOH Puan Norlidah (empat dari kanan), Tun Juhar dan Al Hambra disaksikan oleh tetamuteta­mu kenamaan sedang memotong kek Hari Jadi TYT Ke-65.
TOH Puan Norlidah (empat dari kanan), Tun Juhar dan Al Hambra disaksikan oleh tetamuteta­mu kenamaan sedang memotong kek Hari Jadi TYT Ke-65.
 ??  ?? TUN Juhar (empat dari kanan) bersama Al Hambra dan Gerard menyaksika­n pasukan Team 5 merai kejayaan mereka muncul juara Nett Keseluruha­n Berpasukan.
TUN Juhar (empat dari kanan) bersama Al Hambra dan Gerard menyaksika­n pasukan Team 5 merai kejayaan mereka muncul juara Nett Keseluruha­n Berpasukan.
 ??  ?? PARA tetamu turut mendapat peluang untuk merakamkan kenangan bersama Adibah Noor.
PARA tetamu turut mendapat peluang untuk merakamkan kenangan bersama Adibah Noor.
 ??  ?? TUN Juhar (tengah) diiringi Al Hambra (kiri) menerima sumbangan bernilai RM50,000 daripada Teck Guan Group yang disampaika­n oleh Datuk Hong Kim Fah.
TUN Juhar (tengah) diiringi Al Hambra (kiri) menerima sumbangan bernilai RM50,000 daripada Teck Guan Group yang disampaika­n oleh Datuk Hong Kim Fah.
 ??  ?? AL Hambra ( kiri) sempat beramah-mesra dengan pengurus besar SHMGCC Rick Blackie dan Naree Blackie.
AL Hambra ( kiri) sempat beramah-mesra dengan pengurus besar SHMGCC Rick Blackie dan Naree Blackie.
 ??  ?? TUN Juhar dalam aksi memulakan permainan HSCCC 2018 di SHMGCC.
TUN Juhar dalam aksi memulakan permainan HSCCC 2018 di SHMGCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia