Utusan Borneo (Sabah)

Tanjong Keramat United sertai pesta bola antarabang­sa Phuket

-

KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak Tanjong Keramat United akan menyertai pesta bola sepak antarabang­sa Andaman Internatio­nal Soccer 7s di Phuket Thailand pada 9 sehingga 12 November depan.

Pengurus pasukan Masran Muhammad (gambar) berkata, pasukan itu yang dibarisi oleh anak jati Sabah yang juga ahli-ahli Koperasi Tanjong Keramat akan bermain bersama 31 pasukan lain dari seluruh Asia termasuk Indonesia, Australia dan Hong Kong.

“Kejohanan yang mengunakan format perlawanan tujuh sebelah ini akan berlangsun­g menggunaka­n peraturan permainan piala dunia, yang mana setiap pasukan akan bertanding di peringkat kumpulan terlebih dahulu sebelum mara ke pusingan kalah mati.

“Kejohanan ini sudah pasti akan memberi pengalaman berharga buat para pemain dan apa yang kami harapkan adalah semua pemain dalam pasukan ini dapat mempersemb­ahkan permainan yang baik dan memberi saingan sengit sepanjang kejohanan ini berlangsun­g,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, bagi pihak pasukan beliau turut melahirkan rasa bertuah dan terima kasih kerana menjadi antara pasukan jemputan pesta bola sepak yang berprestij anjuran Thai 7s itu.

“Terima kasih juga kepada penaja utama pasukan ini iaitu Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dan Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd,” katanya. Pesta bola sepak yang berlangsun­g selama empat hari itu menawarkan hadiah utama berjumlah USD 2000.

-Oleh YAP SIONG HAN

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN pemain Tanjong Keramat United yang akan beraksi di Thailand.
BARISAN pemain Tanjong Keramat United yang akan beraksi di Thailand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia