Utusan Borneo (Sabah)

RSTC Gold Cup 2018 tawar hadiah lumayan

RSTC Gold Cup 2018 tawar hadiah lumayan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kelab Lumba Kuda Diraja Sabah (RSTC) akan menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM52,300 pada pertanding­an Gold Cup kelas tiga dan ke bawah tahun ini.

Pengerusi RSTC Datuk Peter Chin berkata, pertanding­an Gold Cup 2018 akan diadakan pada 28 Oktober ini bertempat di Stadium Lumba Kuda Tambalang, Tuaran.

“Selain itu, sebanyak RM43,700 juga ditawarkan dalam kategori Silver Premier Stakes (kuda kelas pertama).

“Tahun ini, RSTC akan mempersemb­ahkan piala Gold Cup yang pertama kali digunakan pada 1972 yang telah disimpan selama 46 tahun oleh kelab ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelantikan Ahli Jawatankua­sa RSTC 20182021, di sini pada malam Selasa.

Beliau juga memberikan jaminan bahawa RSTC akan berkerja dengan lebih rapat dengan kerajaan baharu untuk pembanguna­n masa depan kelab itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin serta tetamu kehormat lain.

Dalam pada itu, Junz mengalu-alukan jawatankua­sa baharu RSTC yang ingin mengadakan kerjasama erat dengan kerajaan.

Beliau percaya pihak pengurusan­yangbaharu­dilantik itu mampu melaksanak­an tugas secara baik bagi meneruskan tradisi kelab itu untuk tahuntahun akan datang.

“RSTC kini meraikan ulang tahun ke-110 yang mana perlumbaan kuda pertama diadakan di Jesselton yang kini Kota Kinabalu pada 1908 di Padang Lumba Kuda Tanjung Aru ketika itu.

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru, saya sangat berbangga dengan RSTC ini,” katanya.

Menurutnya, sejak 1908 RSTC telah membantu mengembang­kan tradisi orang asli Sabah khususnya mereka yang tinggal di kawasan pantai barat.

Junz juga memberi jaminan bahawa kerajaan baharu dengan kerjasama kerajaan Pusat akan komited untuk membangunk­an ekonomi Sabah bagi semua komuniti tempatan dengan kepelbagai­an program dilaksanak­an.

“Kita komited untuk mengurangk­an jurang yang wujud dalam kalangan rakyat dan membantu mengatasi kesusahan yang dihadapi komuniti tempatan,” katanya.

“Tahun ini, RSTC akan mempersemb­ahkan piala Gold Cup yang pertama kali digunakan pada 1972 yang telah disimpan selama 46 tahun oleh kelab ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelantikan Ahli Jawatankua­sa RSTC 2018-2021.” DATUK PETER CHIN Pengerusi RSTC

 ??  ??
 ??  ?? PETER (empat kanan) bersama Junz (empat kiri) dan Hiew (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain menyempurn­akan acara memotong kek.
PETER (empat kanan) bersama Junz (empat kiri) dan Hiew (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain menyempurn­akan acara memotong kek.
 ??  ?? JUNZ (enam kiri), Peter (enam kanan) dan Hiew (lima kanan) bersama ahli jawatankua­sa baharu RSTC merakamkan gambar kenangan.
JUNZ (enam kiri), Peter (enam kanan) dan Hiew (lima kanan) bersama ahli jawatankua­sa baharu RSTC merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia