Utusan Borneo (Sabah)

Bot bersama 5 kru ditahan disyaki beroperasi di luar kawasan

Disyaki beroperasi di luar kawasan yang ditetapkan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Zon Maritim LahadDatub­erjayamena­han sebuah bot yang disyaki beroperasi di luar kawasan yang ditetapkan.

Kejadian berlaku di kedudukan kira-kira 0.28 batu nautika utara Kampung Ampilan, Kunak pada Khamis, kira-kira jam 12.30 petang.

Pengarahny­a, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata bot itu ditahan setelah disiasat melanggar syarat lesen perikanan iaitu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Menurut beliau, bot berkenaan kemudianny­a ditunda ke Jeti Perikanan Lahad Datu dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat lesen iaitu bot tersebut perlu menangkap ikan di jarak tiga batu nautika dari daratan.

Jika disabitkan kesalahan pemilik bot boleh dikenakan kompaun atau denda maksima RM1,000.

“Turut ditahan 5 orang kru warganegar­a Filipina termasuk seorang tekong yang berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 53 tahun.

“Semasa pemeriksaa­n, tekong bot telah mengemukak­an lesen bot dan mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah beserta dokumen awakawak,” katanya.

Katanya lagi, tangkapan tersebut merupakan sebahagian daripada langkahlan­gkah pencegahan kepada pelanggara­n Akta Perikanan 1985 di laut.

“Maritim Malaysia akan terus menggandak­an usaha bagi mencegah berlakunya sebarang kejadian di laut serta dengan sedaya upaya mengekang penceroboh­an bot nelayan asing terutama di perairan Sabah khususnya daripada menghantui komuniti maritim setempat,” katanya.

 ??  ?? BOT yang ditahan ditunda ke Jeti Perikanan Lahad Datu.
BOT yang ditahan ditunda ke Jeti Perikanan Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia