Utusan Borneo (Sabah)

Ceramah PRS, satu acara yang tidak boleh dilepaskan

-

KOTA KINABALU: Pemilik perniagaan, usahawan dan orang ramai dijemput untuk menghadiri Ceramah Skim Persaraan Swasta (PRS) pada Sabtu ini, 27 Oktober, di Dewan Perdaganga­n dan Industri Cina Kota Kinabalu (KKCCCI) dalam dewan Aras 3.

Ceramah ini dibawa bersama kepada anda oleh Private Pension Administra­tor Malaysia (PPA) dan RHB Asset Management Sdn Bhd dan dianjurkan oleh Kumpulan See Hua dalam kerjasama dengan KKCCCI.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPA, Husaini Hussin, salah seorang penceramah, berkata: “Ia sangat penting bagi majikan dalam sektor swasta untuk menimbang membantu pekerja mereka menabung bagi persaraan mereka.”

Beliau berkata majikan dapat membantu meningkatk­an lagi simpanan persaraan pekerja mereka menerusi PRS Korporat.

Sebanyak 600 buah syarikat kini sudah mengambil bahagian dalam PRS Korporat dan mereka menikmati potongan cukai gaji sebanyak 19%.

Ia adalah penting untuk menyimpan wang dan ia lebih baik jika anda bermula lebih awal kerana anda dapat menikmati manfaat daripada pertumbuha­n berkompaun.

Pencarum PRS juga dapat menikmati pelepasan cukai sebanyak RM3,000 manakala belia berusia 20-30 tahun akan menerima Insentif Belia PRS sebanyak RM1,000 dengan sumbangan minimum RM1,000 pada 31 Disember 2018.

Dengan tema ‘Simpan Lebih Untuk Masa Depan Anda Bersama PRS’, sesi itu juga memaparkan seorang penceramah dari RHB Asset Management.

Peserta boleh mendapatka­n nasihat selain berunding dengan wakil mereka mengenai PRS.

Sewaktu ceramah itu, 10 orang peserta berpeluang menerima PRS Treats bernilai RM200 dalam bentuk unit.

Mereka yang mendaftar diri untuk PRS sewaktu ceramah ini nanti juga berpeluang untuk menerima hadiah kejutan.

Setiap peserta juga menerima langganan eakhbar percuma bernilai RM38 selama setahun.

Kemasukan bagi Ceramah PRS adalah percuma tetapi terhad kepada 200 peserta berdasarka­n siapa dahulu, dia dapat.

Daftar segera di http://gg.gg/shppa untuk menempah tempat duduk anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 088318811.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia