Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan iktiraf warga emas

-

NABAWAN: Kerajaan mengiktira­f dan meraikan seluruh warga emas melalui Sambutan Hari Warga Emas setiap tahun di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, menjadi obligasi sosial dan komitmen kerajaan untuk menyediaka­n persekitar­an kondusif sebagai tanda pengiktira­fan bagi membolehka­n warga emas menua secara aktif, produktif dan sihat.

Katanya, antara inisiatif ke arah warga emas sihat dan aktif adalah penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Program Khidmat Bantu Di Rumah yang memberi khidmat sokongan kepada warga emas di rumah oleh sukarelawa­n kebajikan.

Selain itu katanya, kerajaan turut memberi bantuan kewangan berkonsepk­an ‘pemelegaan’ untuk warga emas berkeperlu­an seperti Bantuan Orang Tua pada kadar RM350 sebulan serta bantuan kepada penjaga pesakit warga emas kronik atau terlantar sebanyak RM350 sebulan supaya warga emas dapat terus tinggal dalam komuniti.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2018 di Dewan Sekolah Kebangsaan Nabawan, pada Khamis. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong.

Pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin menyempurn­akan lafaz perasmian sambutan berkenaan yang turut diserikan kehadiran Toh Puan Norlidah R.M. Jasni.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Ahmad Abdul Rahman, Pegawai Daerah Fredian Gan dan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Mohamad Noor Wahab serta 250 warga emas mewakili Rumah Orang Tua dari Sandakan, Kinarut dan Tawau termasuk warga emas dari Nabawan, Pegalungan, Keningau dan Sook.

Shafie berkata penerimaan sumbangan Bantuan Orang Tua di seluruh Sabah yang direkodkan Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah dari Januari 2018 hingga sekarang adalah 27,514 penerima dengan jumlah perbelanja­an RM85,872,500.

“Di Nabawan, 954 warga emas penerima bantuan yang melibatkan perbelanja­an sebanyak RM333,900,” katanya.

 ??  ?? JUHAR (enam kanan) dan Norlidah (lima kanan) bergambar dengan penerima anugerah warga emas. Turut kelihatan Jaujan (lapan kanan) dan Ahmad (dua kiri).
JUHAR (enam kanan) dan Norlidah (lima kanan) bergambar dengan penerima anugerah warga emas. Turut kelihatan Jaujan (lapan kanan) dan Ahmad (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia