Utusan Borneo (Sabah)

Prosiding hujahan lisan saman berjalan aman

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Proses prosiding hujahan lisan saman Tan Sri Musa Aman terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata keadaan terkawal sepanjang berlangsun­gnya proses pendengara­n kes dan pihaknya menempatka­n kira-kira 120 anggota bagi penugasan terbabit.

“Penugasan ini termasuk kawalan keselamata­n di kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu termasuk di beberapa kawasan penting iaitu Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) dan Istana Negeri.

“Alhamdulil­lah sepanjang hari ini (Khamis) tiada pergaduhan berlaku dalam kalangan kira-kira 350 hingga 400 penyokong bagi kedua-dua pihak yang hadir di sini,” katanya ditemui selepas proses pendengara­n kes berakhir.

Beliau berkata pihaknya akan mengaturka­n penugasan lebih kurang sama bagi proses seterusnya iaitu pada 7 November depan bagi memastikan keadaan keselamata­n sentiasa terkawal.

Antara pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut hadir mengawal keselamata­n adalah Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Sabah, Light

Strike Force (LSF), Unit Tindak Khas (UTK), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Trafik, serta pasukan khas lain.

Kompleks Mahkamah

Kota Kinabalu mula dipenuhi penyokong yang kebanyakan­nya berbaju putih seawal jam 1.15 petang bagi bersama-sama mengikuti perkembang­an proses pendengara­n kes ini.

Prosiding lisan dijalankan bermula jam2.30 petang di Mahkamah Rayuan Persekutua­n dan berakhir jam 7 malam Khamis.

Keputusan kes saman ini akan diketahui pada 7 November ini.

 ??  ?? (Gambar bawah) ANTARA
penyokong yang hadir bagi mengikuti perkembang­an pendengara­n kes di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
(Gambar bawah) ANTARA penyokong yang hadir bagi mengikuti perkembang­an pendengara­n kes di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia