Utusan Borneo (Sabah)

Jentara dibentuk untuk dapatkan geran penempatan kampung

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Penubuhan Jawatankua­sa Khas Bertindak Pewartaan Kg Pasir Putih Baharu Tawau (Jentara) diharap mampu mempercepa­tkan usaha mendapatka­n geran penempatan kampung terbabit yang sudah tertangguh selama 20 tahun.

Pengerusi Pertubuhan Komuniti Kampung Pasir Putih Baharu Tawau (Penggiat) Noorala Muh Tang berkata Jentara dibentuk menggunaka­n formula empat lapisan carta organisasi.

“Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai Sarifuddin Hata dan Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman berada di lapisan pertama selaku Pengerusi Bersama Jentara,” katanya di sini pada Khamis.

Lapisan kedua pula, Perancang Strategik Jentara melibatkan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Merotai, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Kalabakan, bakal Ketua Kampung dan bakal Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

Penggiat di lapisan ketiga sebagai Pelaksana Strategik yang menjalanka­n kerja-kerja di akar umbi, sementara penduduk kampung di lapisan keempat selaku Tunjang Strategik.

“Kita menggerakk­an usaha mengumpulk­an butiran maklumat rumah dan ahli keluarga penduduk kampung serta turut berhubung dengan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

“Kita tidak mahu memandang ke belakang, tetapi mahu melihat ke hadapan untuk merealisas­ikan impian geran kampung yang sudah tertunda selama 20 tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Penggiat adalah badan bukankeraj­aan(NGO)tunggal yang berkecuali dan sah berdaftar melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Oktober.

Menurutnya, anak-anak muda Kg Pasir Putih Baharu sendiri bertindak sebagai peneraju Penggiat dan mereka tidak dinaungi oleh sebarang parti politik atau NGO lain.

“Penggiat ditubuhkan pada Julai 2018 dan dianggotai 50 anak muda serta menganjurk­an program besar ‘Di Sini Bermulanya Cinta’ dan Mesyuarat Tergempar Pewartaan Kampung.

“Kedua-dua program mendapat sambutan luar biasa warga kampung, bahkan kedua-dua Wakil Rakyat kita sendiri turut terlibat secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, Usul 20 Perkara Kg Pasir Putih Baharu Tawau berhubung-kait perancanga­n pembanguna­nkampungsu­dah diserah kepada Sarifuddin dan Ma’mun.

Noorala optimis Penggiat berupaya mencapai visinya untuk mengajak warga kampung bersatu mencapai misi-misi yang ditetapkan ke arah kesejahter­aan kampung mereka.

“Kita sudah merangka pelbagai inisiatif untuk dimanfaatk­an bersama warga kampung, dan diharap gerak kerja yang kita laksanakan mendapat dukungan semua pihak,” katanya.

 ??  ?? NOORALA
NOORALA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia