Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan tiga aspek: Shafie

Bagi pastikan usaha kerajaan seiring dengan keperluan rakyat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu tiga aspek utama keselamata­n, pendidikan dan kesihatan diberi perhatian oleh kerajaan Persekutua­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, penekanan terhadap ketiga-tiga aspek berkenaan bagi memastikan usaha kerajaan seiring dengan apa yang diperlukan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, kedua-dua kerajaan perlu berbincang secara kekeluarga­an dan menerima baik setiap pandangan dan pendapat pemimpin atasan.

Pihaknya menerima baik kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai perkongsia­n hasil kerajaan untuk Sabah dan Sarawak bergantung kepada kedudukan kewangan dan ekonomi negara.

“Kita tahu negara berdepan dengan banyak masalah bukan hanya melibatkan ekonomi malah hutang yang banyak.

“Begitu juga di Sabah, kita menanggung hutang yang banyak dan perlu membayar sebanyak RM1 bilion tahun depan hasil hutang kerajaan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu mencari dan menyimpan dana dalam usaha untuk memperbaik­i ekonomi negeri.

Shafiie turut mengutarak­an keutamaan yang perlu kerajaan Persekutua­n beri penekanan dalam ketiga-tiga aspek berkenaan.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia