Utusan Borneo (Sabah)

Wanita warga asing dipenjara 30 bulan

Guna MyPR palsu hendak ke Kuala Lumpur

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing yang menggunaka­n MyPR palsu untuk menaiki penerbanga­n ke Kuala Lumpur, dikenakan penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Norsia Amalan, 39, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Tertuduh menggunaka­n MyPR atas nama Roinah Amin bernombor 730723-71-5567 dan Siti Mostal bernombor 950605-12-5698.

Kesalahan dilakukan pada 14 Oktober jam 6.30 petang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Untuk itu, Norsia disabitkan mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, memperuntu­kkan denda maksimum RM20,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama tertuduh diperiksa polis dari cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, kerana kelihatan mencurigak­an.

Tertuduh yang hendak berlepas ke Kuala Lumpur, menyerahka­n MyPR dan pas masuk kepada polis.

Hasil siasatan lanjut, semakan melalui sistem Imigresen mendapati, kedua-dua MyPR berkenaan tiada didalam rekod sistem Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Tertuduh yang tidak memiliki apa-apa dokumen diri ditangkap kerana dipercayai menggunaka­n MyPR palsu.

Semasa rayuan, tertuduh menyatakan membeli kad berkenaan dengan harga RM1,000.

“Saya baru menggunaka­n kad MyPR, seseorang memberikan kepada saya di sana (LTAKK),” katanya semasa menjawab soalan Cindy.

Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rasydan Jasni meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Mahkamah juga memerintah­kan MyPR berkenaan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk pelupusan.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz mengenakan penjara tujuh bulan terhadap Norsia selepas mengaku salah memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, didapati melakukan kesalahan itu pada hari dan di tempat yang sama.

Azreena memerintah­kan tertuduhse­orangbalum­enjalani pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap, setelah itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan lanjut, semakan melalui sistem Imigresen mendapati, kedua-dua MyPR berkenaan tiada didalam rekod sistem Jabatan Pendaftara­n (JPN).” Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia