Utusan Borneo (Sabah)

Sabda lancar Tabung Kebajikan untuk masyarakat

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pembanguna­n Bumiputera Sabah atau Sabah Bumiputra Developmen­t Assoaciati­on (Sabda) melancarka­n Tabung Kebajikan, Pendidikan, Kesukarela­wanan yang diadakan sempena penyampaia­n watikah kepada pengarah-pengarah yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kanan Kebajikan Mujin Durin di sebuah hotel terkemuka pada Ahad.

Presiden Sabda Maslan Baginda berkata, Sabda adalah sebuah badan NGO kebajikan yang berdaftar dengan ROS dengan nombor pendaftara­n PPM-004-12-22012018 dan boleh menjalanka­n berbagai jenis program khidmat masyarakat dan pendidikan keusahawan­an.

Katanya, Sabda menggunaka­n tradisi kaum etnik Sabah iaitu Mirukut iaitu tradisi berkongsi yang selalu dilakukan apabila berlaku sesuatu upacara perkahwina­n, keramaian atau kematian atau perbelanja­an acara bagi meringanka­n beban kewangan atau keperluan bagi mereka yang tidak berkemampu­an.

Penubuhan Sabda adalah didorong oleh masalah ekonomi rakyat masa kini yang tidak menentu dan kenaikan harga barang keperluan yan semakin meningkat.

Menurutnya, kelompok pertama yang disasarkan untuk menjadi rakan Sabda ialah kakitangan kerajaan, pekerja swasta, kerja sendiri dan korporat manakala kelompok kedua iaitu tidak berkemampu­an dan orang kurang upaya.

“Sabda ditubuhkan untuk meningkatk­an sosio ekonomi masyarakat kampung,” kata Maslan lagi.

Jelasnya, antara kebaikan menjadi rakan persatuan ialah modal yang dikongsika­n tidak perlu dibayar balik cuma harus bantu rakan yang lain.

Katanya, Sabda tidak perlu bersandar penuh kepada kerajaan untuk mendapatka­n modal operasi dan perniagaan­nya.

Menurut Maslan, Sabda boleh menjadi saluran kerajaan untuk menyampaik­an dana pembanguna­n kepada rakyat luar bandar dengan selamat sampai ke sasaran.

Tambahnya, Sabda boleh menegur kerajaan jika tidak berlaku adil kepada rakyat dari segi penyampaia­n bantuan, perkhidmat­an awam dan dasar-dasar kerajaan yang bersifat diskrimina­sikaum, agama dan bangsa.

Sabda boleh memberikan idea kepada kerajaan untuk kebaikan kepada rakyat.

Selain itu, Maslan berkata Sabda boleh menjadi saluran kerajaan, orang ramai dan badan swasta dan golongan korporatun­tukmenyamp­aikan sumbangan kebajikan kepada masyarakat yang perlu dibantu.

Beliau berkata, Sabda juga boleh menerima sumbangan daripada kerajaan, orang ramai, badan swasta dan korporat serta luar negara dalam bentuk wang, barang dan haratanah untuk tujuan kebajikan.

Antara kegiatan Sabda ialah mengadakan seminar dan kursus pendidikan keusahawan­an dan perniagaan, dan mengadakan kerja amal untuk dana tabung kebajikan.

Selainitu,iajugameng­adakan program dan aktiviti kesihatan, mengadakan aktiviti dan program sukan, hari keluarga, kebudayaan dan kesenian bersama artis tempatan, dan program masyarakat kampung.

 ??  ?? PENGARAH Sabda merakamkan gambar kenangan selepas majlis perasmian pelancaran tabung.
PENGARAH Sabda merakamkan gambar kenangan selepas majlis perasmian pelancaran tabung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia