Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Apresiasi PPKI SMK Kuhara disambut meriah

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU : Majlis Apresiasi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Kuhara kali ke 14 disambut meriah dengan kehadiran lebih 150 orang termasuk pelajar dan ibubapa yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah di sini pada Khamis.

Tahun ini penjenamaa­n semula daripada majlis graduasi kepada majlis apresiasi sangat bertepatan kerana majlis bukan sahaja untuk meraikan pelajar yang akan menamatkan persekolah­an tetapi turut memberi penghargaa­n kepada pelajar yang menunjukka­n kecemerlan­gan.

Pegawai Pendidikan Daerah Haji Darman Shah Haji Asakil berkata, pihak PPD akan berusaha memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada semua pihak samada pelajar daripada aliran perdana ataupun pendidikan khas.

“Kita yakin bahawa pelajar aliran pendidikan khas juga mampu mencapai sesuatu yang membanggak­an kerana banyak bukti yang dilihat pelajar ini telah mengharumk­an nama negara samada dari segi akademik mahupun sukan,” katanya.

Menurutnya lagi, semua pihak harus percaya dan yakin bahawa pelajar-pelajar ini sentiasa ada harapan selagi kita semua terus berusaha dan tidak putus asa dalam mendidik dan memberi galakkan kepada mereka.

Beliau juga berharap kepada pelajar yang akan menamatkan pelajaran dapat menempuhi kehidupan baru dan semoga kehidupan pelajar akan terus bersinar di luar sana.

PengetuaSM­KKuharaAbd­ul Rahman Kannan Abdullah berkata, penghargaa­n yang telah diberikan kepada pelajar ini bukan diberikan sewenangwe­nangnya tetapi pemberian ini sesuai dengan pencapaian pelajar yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah pelajar.

“Pelajar daripada sekolah ini telah memperoleh­i pelbagai anugerah yang membanggak­an, termasukla­h terlibat dalam pertanding­an ‘Floorball Special Olypics’ dan Kejohanan Olahraga Special Olympics peringkat Tawau dan telah membawa pingat,” katanya.

Selanjutny­a, di peringkat negeri telah memenangi pingat dalam petandinga­n Bocce, Hafazan, Floorball Special Olypics dan Bola Jaring Special Olypics peringkat Sabah.

“Paling membanggak­an dua orang pelajar kita telah memenangi pingat untuk Kejohanan Olahraga Special Olypics Malaysia di Kuala Lumpur dalam acara lontar peluru perempuan dan 200 meter lelaki, “katanya lagi.

Tambahnya lagi, seorang pelajar sekolah ini yang telah menyambung persekolah­an dalam bidang kulinari di Kolej Komuniti Lahad Datu telah memenangi pertanding­an menghias kek peringkat kebangsaan dan akan ke China untuk mewakili negara.

Abdul Rahman menyifatka­n semua kejayaan-kejayaan yang dirai tidak akan terlaksana sekiranya tanpa penglibata­n daripada semua pihak, tenaga pengajar di sekolah tidak akan mampu berdiri sendiri dalam mendidik pelajar ini.

Pada majlis itu selain penyampaia­n anugerah pelajar, turut diselitkan pelbagai acara antaranya tayangan slaid, persembaha­n nyanyian pelajar, persembaha­n tarian pelajar dan cabutan bertuah.

 ??  ?? ABDUL Rahman, guru-guru dan PPM bergambar bersama pelajar graduasi.
ABDUL Rahman, guru-guru dan PPM bergambar bersama pelajar graduasi.
 ??  ?? ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN
 ??  ?? DARMAN
DARMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia