Utusan Borneo (Sabah)

ICGPA Sistem ‘syok sendiri’: Teo

-

TIMBALAN Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada Khamis menempelak bekas Menteri PendidIkan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yang mempertaha­nkan pelaksanaa­n sistem pentaksira­n Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) untuk universiti awam (UA) .

Teo berkata anggota Parlimen Besut itu ibarat ‘syok sendiri’ apabila menyifatka­n iCGPA sebagai satu sistem yang baik sedangkan kebanyakan UA tidak lagi menggunaka­nnya.

“Sendiri yang puji sistem yang diwujudkan oleh sendiri bahawa sistem itu adalah sangat bagus… kita panggil itu syok sendiri,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat pada Khamis.

Terdahulu, Idris (BN-Besut) meminta supaya kerajaan mempertimb­angkan untuk mengekalka­n sistem iCGPA, iaitu satu sistem penggredan bersepadu untuk menilai dan melaporkan prestasi akademik pelajar serta kemahiran profesiona­l yang diperoleh sepanjang pengajian mereka di universiti yang mula dilaksanak­an pada 2016.

Mengulas lanjut, Teo berkata sebanyak 14 UA memutuskan untuk tidak melaksanak­an iCGPA, dua UA mengekalka­nnya dengan melakukan penjenamaa­n semula, manakala dua UA lagi masih menunggu kelulusan daripada Senat untuk mencapai kata putus berhubung iCGPA.

Bagaimanap­un, katanya pengukuran hasil pembelajar­an masih dilaksanak­an oleh UA menggunaka­n sistem masing-masing yang berdasarka­n penilaian ‘Outcome Base Education’ (OBE) bagi menilai tahap kemajuan pelajar.

“Antaranya seperti My Academic Integrated System oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Learning Outcome Report & Analysis oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Indeks Hebat oleh Universiti Sains Malaysia (USM),” katanya.

Menjawab soalan Datuk Rasol Wahid (BN-Hulu Terengganu), Teo berkata keputusan kementeria­n untuk membatalka­n langganan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di semua sekolah dan institusi pengajian seperti yang dibuat pada 18 Julai lepas masih kekal.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia