Utusan Borneo (Sabah)

Bekas menteri Greece dipenjara kerana rasuah

-

ATHENS: Seorang bekas menteri sosialis terkemuka di Greece dipenjara kerana kesalahan rasuah lewat Selasa dalam kes pada 2003 yang ada kaitan dengan satu penaiktara­fan kapal perang tentera laut, kata sumber mahkamah.

Bekas menteri pertahanan Yannos Papantonio­u dan isterinya diletakkan dalam tahanan pra-perbicaraa­n kerana didakwa menyembuny­ikan kira-kira 2.8 juta Swiss franc (RM11.8 juta) daripada sogokan kontrak dalam puluhan akaun Swiss.

Kedua-duanya menafikan dakwaan itu.

Papantonio­u, seorang pakar ekonomi berusia 69 tahun, merupakan menteri penting dalam pentadbira­n sosialis yang silih berganti antara 1994 dan 2004, sebelum itu berkhidmat sebagai menteri kewangan ketika Greece bersiap sedia untuk menyertai mata wang euro.

Papantonio­u berada di bawah siasatan sejak 15 tahun lalu.

Pada 2006, dia memenangi satu kes fitnah terhadap akhbar harian Liberation di Perancis, berhubung satu artikel yang mendakwa kontraktor pertahanan Perancis, Thales, telah menyediaka­n “fi komisen” baginya untuk mendapatka­n kontrak ke-selamatan besar bagi Olimpik 2004 di Athens.

Thales akhirnya melepaskan kontrak itu kepada kontraktor Amerika, SAIC.

Papantonio­u merupakan ahli kedua dari parti berpengaru­h Pasok yang dipenjara kerana rasuah, selepas ahli pengasas parti Akis Tsochatzop­oulos, yang mendahului Papantonio­u di kementeria­n pertahanan.

Tsochatzop­oulos dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun pada 2013 kerana menerima habuan kontrak tetapi dibebaskan pada Julai lepas kerana uzur. — AFP

 ??  ?? PAPANTONIO­U
PAPANTONIO­U

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia