Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan terpanjang HZMB dibuka kepada lalu lintas

Ramai teruja buat perjalanan pertama melalui apa yang sebelum ini digambar sebagai gajah putih mahal, bermotif politik

-

HONG KONG: Jambatan laut terpanjang di dunia yang menghubung­kan Hong Kong, Macau dan tanah besar China dibuka kepada lalu lintas semalam, dan pengguna dengan teruja melakukan perjalanan pertama mereka di sepanjang apa yang sebelum ini di-gambarkan sebagai projek gajah putih yang mahal dan bermotifka­n politik.

Penumpang dan kumpulan pelanconga­n berhimpun di terminus bas antara sempadan di Hong Kong dan pengusaha bas membahagik­an pastri Cina dan daging panggang kepada penumpang.

“Saya mahu mencuba ini dan melihat sama ada ia menyenangk­an ataupun tidak. Saya juga akan melihat pemandanga­n, kerana ini adalah satu projek kejurutera­an bersejarah,” kata Angie Cheng, 58, yang menaiki bas kedua semalam ke Macau.

Jambatan sepanjang 55 kilometer itu menghubung­kan Hong Kong dengan kota tanah besar selatan Zhuhai dan wilayah perjudian Macau, di seberang perairan Muara Sungai Mutiara.

Penyokong memujinya sebagai satu kejayaan kejurutera­an tetapi pengkritik berkata ia merupakan projek gajah putih yang bermotifka­n politik dan mahal, iaitu sebahagian daripada usaha Beijing untuk menyerapka­n Hong Kong yang separa autonomi dengan tanah besar.

Ia merupakan projek in- frastruktu­r besar kedua yang mengikat Hong Kong dengan tanah besar China yang dibuka sejak beberapa minggu ini – hubungan kereta api berkelajua­n tinggi memulakan operasi pada bulan lepas tetapi mencetuska­n kritikan bahawa Hong Kong sedang menyerahka­n wilayah dengan sebahagian daripada terminus itu di bawah bidang kuasa tanah besar.

Dengan pemandanga­n lautan, gunung dan pulau batu kecil yang luas, sebahagian jambatan itu diselubung­i jerebu semalam ketika AFP menaiki bas awal ke Macau tetapi penumpang masih merakamkan seluruh perjalanan menggunaka­n telefon bimbit.

Lalu lintas ringan sahaja selepas kritikan oleh beberapa ahli perundanga­n dan penduduk bahawa akses awam kepada jambatan itu terlalu terbatas.

“Setiap infrastruk­tur besar mempunyai aliran trafik dan jumlah penumpang yang agak rendah pada tempoh awal. Ia memakan masa untuk berkembang,” kata setiausaha pengangkut­an dan perumahan Frank Chan kepada pemberita.

Hanya 10,000 lesen sudah diberikan kepada penduduk Hong Kong untuk memandu kereta persendiri­an ke Zhuhai jika mereka memenuhi kriteria yang amat selektif, termasuk memegang jawatan tertentu dalam kerajaan tanah besar atau memberi sumbangan yang besar kepada badan kebajikan dalam wilayah Guangdong, selatan China.

Kebanyakan orang perlu menaiki bas.

Pengguna perlu berhenti di pusat imigresen dan pusat kastam di kedua-dua hujung jambatan.

Chan tidak menyebut berapa ramai penduduk Hong Kong yang menggunaka­n jambatan itu pada pada Rabu tetapi kira-kira 30,000 pelawat dari tanah besar China akan menyeberan­gi jambatan untuk pergi ke Hong Kong pada hari pertama.

Kerajaan pernah menyatakan jambatan itu akan menarik 29,000 kenderaan setiap hari menjelang 2030.

Perjalanan bas ke Zhuhai dijangka memakan masa 45 minit, turun daripada empat jam.

Perjalanan bas awal ke pusat kasino Cotai di Macau memakan masa kira-kira sejam.

“Durasi adalah sama dengan feri. Saya pening sedikit di atas feri, jadi menggunaka­n bas adalah lebih selesa,” kata Cheng kepada AFP selepas perjalanan­nya ke Macau. — AFP

“Jambatan sepanjang 55 kilometer itu menghubung­kan Hong Kong dengan kota tanah besar selatan Zhuhai dan wilayah perjudian Macau, di Mutiara.” seberang perairan Muara Sungai

 ?? — Gambar Reuters ?? BAS dipandu melintasi papan tanda Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau (HZMB) pada hari pertama ia dibuka kepada lalu lintas di luar pesisir Hong Kong.
— Gambar Reuters BAS dipandu melintasi papan tanda Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau (HZMB) pada hari pertama ia dibuka kepada lalu lintas di luar pesisir Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia