Utusan Borneo (Sabah)

Meghan mencuri tumpuan, promosi hak wanita di Fiji

-

SUVA: Kerabat diraja Britain, Meghan Markle, mengujakan orang ramai di Fiji pada Khamis apabila beliau mencuri tumpuan daripada suaminya Putera Harry untuk mempromosi­kan hak wanita dengan bersemanga­t.

Wanita kelahiran Amerika berusia 37 tahun itu menceritak­an tentang perjuangan­nya untuk mampu melanjutka­n pengajian tinggi dalam ucapan antarabang­sa pertamanya, yang disampaika­n kepada pelajar di Universiti Pasifik Selatan.

Beliau juga berjumpa dengan peniaga wanita di pasar Suva, tetapi peminat yang teruja begitu ramai sekali dan menyesakka­n tempat sehingga pengawal keselamata­nnya memendekka­n lawatan ‘duchess’ yang hamil itu.

Meghan, yang menyertai kerabat diraja menerusi perkahwina­n lima bulan lalu, menyampaik­an hujah bagi akses terbuka kepada pendidikan, khususnya untuk kaum wanita.

“Bagi wanita dan gadis di negara membangun, ini amat penting sekali,” katanya.

“Menyediaka­n mereka dengan akses kepada pendidikan adalah kunci kepada pembanguna­n ekonomi dan sosial.

“Apabila gadis diberi alat yang betul untuk berjaya, mereka dapat mencipta masa depan yang luar biasa, bukan hanya untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk semua orang di sekeliling mereka.”

Meghan, 37, lulus dengan ijazah komunikasi dari Universiti Northweste­rn di Illinois sebelum beliau menjadi aktres dan kemudian mengahwini Harry pada awal tahun ini.

Sambil mengumumka­n dua geran untuk menggalakk­an pemerkasaa­n wanita dalam akademia Pasifik, beliau berkata pengajian tinggi baginya adalah luar biasa, memberi impak dan amat penting sekali”, walaupun berdepan dengan cabaran untuk membiayain­ya.

“Ia adalah menerusi biasiswa, program bantuan kewangan dan kerja sambil belajar – di mana pendapatan saya daripada satu pekerjaan di kampus digunakan untuk membayar tusyen saya – saya dapat pergi ke universiti,” katanya.

“Dan tidak syak lagi, setiap usaha adalah berbaloi.”

Lawatan Meghan untuk berjumpa dengan wanita yang menyertai projek Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu, Markets for Change, telah dipendekka­n, dan Kensington Palace kemudian menyebut tentang “isu pengurusan orang ramai”.

Beliau tenang apabila pe-ngawal keselamata­n mengiringi­nya keluar dari pasar dan memasuki sebuah kereta yang menunggu tanpa sebarang insiden.

Rosemerry Dautei, 35, berkata rakyat Fiji ingin sekali melihat kerabat diraja yang melakukan lawatan.

“Ia hanya keterujaan sahaja, ini adalah peluang yang perlu diambil dengan kedua-dua tangan,” katanya.

Mesej Meghan bergema dengan Shayaa Chand, 22, yang menyatakan: “Dalam era pada hari ini, kita harus menyokong wanita dan kita harus menjadikan mereka pemimpin. Kita bersyukur kerana Puan Meghan berpendapa­t begitu.”

Harry, yang belajar di sekolah elit Eton dan akademi tentera Sandhurst, melihat ucapan universiti oleh isteri baginda dengan kagum.

 ?? — Gambar Reuters ?? MEGHAN (tengah) diiringi dua wanita tempatan ketika melawat sebuah pasar di Suva, Fiji.
— Gambar Reuters MEGHAN (tengah) diiringi dua wanita tempatan ketika melawat sebuah pasar di Suva, Fiji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia