Utusan Borneo (Sabah)

Tanah terbiar dibangunka­n

MoU dimeterai antara pemilik tanah, dua syarikat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BONGAWAN: Satu perjanjian persefaham­an (MoU) ditandatan­gani antara pemilik tanah dengan Kumpulan Perkasa Sdn Bhd dan Sunnata Agritec Sdn Bhd bagi membangun tanah sawah terbiar di kawasan Bongawan.

Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Dr Daud Yusof berkata seramai 30 peserta terlibat dalam usaha membangunk­an tanah terbiar dengan tanaman padi membabitka­n tanah seluas 160 hektar (400 ekar).

“Usahasama strategik ini adalah projek perintis syarikat yang akan menggunaka­n teknologi baharu dalam memperkasa­kan industri penanaman padi, sekaligus mengaktif kembali sawah padi terbiar di Bongawan.

“Saya difahamkan, operasi penanaman padi ini akan berlangsun­g dua kali setahun dankebaikk­annyakelak­adalah kita bakal menghasilk­an beras bermutu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Pemeteraia­n MoU yang diadakan di Dewan Baru Serbagunan Bongawan, pada Khamis.

Hadir sama Pengarah Pertanian Sabah Datuk Edrus Shafie, Pegawai Perhubunga­n DUN Bongawan Zainal Matali, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Bongawan Richard Manuel dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Malim Jamal Hamit.

Daud berkata, pihaknya juga akan memperluas­kan projek penanaman padi ini ke kawasan berpotensi lain di seluruh negeri ini antaranya daerah Papar yang turut mempunyai kawasan sawah padi yang luas.

Katanya,bantuandar­ipihak Kerajaan Negeri juga akan diteruskan seperti pemberian subsidi pembajakan dan lainnya sebagaiman­a sebelum ini.

“Kita mensasarka­n pengeluara­n padi sebanyak 60 peratus menjelang 2026, namun saya yakin tempoh masa ini akan disingkatk­an hasil kerjasama strategik ini.

“Ini adalah salah satu usaha kita sebagai sebuah kerajaan baharu dengan fokus menjadikan Sabah sebagai negeri perintis dalam industri pertanian serta perikanan berteknolo­gi tinggi di Malaysia,” katanya.

Katanya, ramai pelabur asing juga berminat untuk melabur dalam pelbagai industri pertanian serta perikanan di Sabah dan pihaknya masih dalam proses perundinga­n untuk merealisas­ikan inisiatif murni itu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Daud dan tetamu kehormat yang lain sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Daud dan tetamu kehormat yang lain sempena majlis itu.
 ??  ?? DAUD menyaksika­n MoU diantara pemilik tanah dengan syarikat sempena majlis itu.
DAUD menyaksika­n MoU diantara pemilik tanah dengan syarikat sempena majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia