Utusan Borneo (Sabah)

419 pelajar tingkatan 5 dan 6 SMK Datuk Pg Galpam diraikan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 419 pelajar Tingkatan Lima dan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Pengiran Galpam diraikan bersempena Majlis Graduasi dan Taman Persekolah­an Aliran Perdana 2018 di Dewan Masyarakat Sandakan, pada Khamis.

Seramai 257 merupakan Tingkatan Enam (Mod Dua) dan 162 lagi adalah pelajar Tingkatan Lima.

Majlis ini turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Sekolah itu Masniah Nawawi, PengetuaSM­KDatukPeng­iran Galpam Hussein Abdul Manaf, para pensyarah, guru aliran Perdana dan ibu bapa.

Seramai tiga pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester satu dan semester dua telah diberi pengiktira­fan dan penghargaa­n dalam majlis itu.

Mereka ialah Mohd Hafizi Hussne (Semester Satu: 3A,1B-), Adibah Syahirah Rahmat Effandi (Semester Dua: 3A, 1B-) dan Kong Kah Yee Ellis (Semester Satu:1A,1B+,1B,1C ), (Semester Dua:1A, 2A-, 1B-).

Majlis graduasi ini telah disempurna­kan oleh Hussein dan dalam ucapannya beliau berkata selepas pelajar menamatkan sesi persekolah­an di tingkatan lima dan tingkatan enam, para pelajar akan mulai menempuh kehidupan yang lebih mencabar.

Justeru, katanya, nilai-nilai murni yang disemaikan dalam sanubari pelajar pada masa sekolah perlu diamalkan demi keharmonia­n masyarakat.

Untuk itu, katanya, pelajar perlu mempunyai semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman bagi meneruskan perjalanan kehidupan yang mencabar ini.

 ??  ?? MASNIAH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Kong Kah Yee Ellis.
MASNIAH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Kong Kah Yee Ellis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia