Utusan Borneo (Sabah)

77 peserta perintis hasilkan produk unik

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Seramai 77 peserta perintis mengikuti lanjutan Program Pemerkasaa­n Komuniti Kraf Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Lahad Datu dan Tungku, pada Khamis.

Penolong Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, Izza Farazawani Mohamad Zainuddin berkata, seramai 10 tenaga pengajar dalaman diturunkan bagi memperkasa peserta perintis sebagai kesinambun­gan program itu yang disempurna­kan perasmiann­ya oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohamaddin Ketapi pada 29 September lalu.

“Pada program ini peserta didedahkan dengan penghasila­n produk yang menumpukan pada identiti setempat.

“Sepanjang sesi pembelajar­an, perkembang­an positif ditunjukka­n peserta dengan menghasilk­an produk-produk yang unik dengan kerjasama pereka dan tenaga pengajar Kraftangan Malaysia,” katanya.

Menurutnya, program ini dilaksana dengan merangkumi makmal pengeluara­n produk kraf dan orientasi pengeluara­n produkkraf­batik,krafsulama­n manik, kraf logam bagi ukiran bilah dan sarung parang, kraf anyaman rotan dan kraf jahitan alat permainan fabrik.

“Melalui bimbingan tenaga kerja dalaman dan luar, para peserta telah menghasilk­an produk-produk unik seperti kraf jahitan alat permainan fabrik berupa gajah pygmy, badak, kraf sulaman manik dengan menerapkan burung layang-layang dan lain-lain yang tentunya mempunyai nilai komersil untuk di pasarkan,” katanya.

Katanya, tiga lokasi terpilih bagi menjayakan program iaitu di Arena Belia Lahad Datu, Tanjung Labian dan Segangan di Tungku.

Izza berkata, kesemua produk yang dihasilkan akan dibawa ke ruang pameran Festival Kraf Borneo dan Festival Kraf Johor akan datang.

Kerajaan melalui kementeria­n komited menggalakk­an industri kraf di negara ini menerusi Kraftangan Malaysia dengan menyediaka­n insentif pengeluara­n kraf bernilai RM100,000 dalam bentuk bahan mentah serta mesin dan peralatan dalam tempoh setahun.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta perintis yang mengikuti program itu di Arena Belia Lahad Datu.
SEBAHAGIAN peserta perintis yang mengikuti program itu di Arena Belia Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia