Utusan Borneo (Sabah)

PCAKK anjur konsert sempena Makan Malam Amal

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) menganjurk­an Konsert ‘The Australian Bee Gees Tribute To Be Gees’ iaitu penyanyi berkumpula­n dari Las Vegas, bersempena Makan Malam Amal Tahunan PCA, tahun ini.

Presiden PCAKK Rokiah Yaacobberk­ata,konsertyan­g berlangsun­g hari ini (Jumaat) di Megellan Sutera Harbour Resort itu bagi memberi hiburan dan kegembiraa­n kepada penghuni rumah berkenaan.

“Sambutan Majlis Amal yang diadakan bersama konsert pada malam Jumaat (hari ini) pada masa sama untuk kita mengumpul dana bagi persatuan ini.

“Justeru, kita berharap sokongan daripada penderma- penderma yang murah hati terus konsisten bagi memastikan kelancaran perkhidmat­an PCA kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pra Konsert The Australian Bee Gees Tribute To Be Gees dari Las Vegas, di Rumah PCAKK, sini pada Khamis.

Selain itu, Rokiah turut merakamkan penghargaa­n kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang banyak membantu dalam setiap pelaksanaa­n program melibatkan pesakit paliatif tanpa mengenakan sebarang kos.

Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama yang terjalin antara pelbagai agensi swasta dan kerajaan akan terus terjalin demi memberi pemahaman langsung tentang penjagaan sebenar bagi pesakit paliatif.

“Usaha ini juga bertepatan dengan misi utama kita bagi menyediaka­n peluang dan kesempatan kepada pesakit ini untuk menjalani kehidupan lebih berkualiti dalam fasa- fasa akhir kehidupan mereka.

Terdahulu, selain pra- konsert, PCA turut mengadakan pelbagai aktiviti sempena program Hari Penjagaan Paliatif yang diadakan setiap hari khamis.

Antara program yang diadakan termasukla­h aktiviti mewarna logo PCA, perkhidmat­an Pedicure dan Manicure, perkhidmat­an urutan dan memotong rambut kepada penghuni rumah PCA.

Hadir sama Penasihat PCAKK Datuk Dr Ranjit Mathew Oommen dan Pengerusi Pengajur Majlis Makan Malam Amal Tahunan dan Konsert Datuk Margaret Lim.

 ??  ?? THE Australian Bee Gees Tribute To Bee Gees dari Las Vegas sedang membuat persembaha­n sempena Pra-Konsert berkenaan.
THE Australian Bee Gees Tribute To Bee Gees dari Las Vegas sedang membuat persembaha­n sempena Pra-Konsert berkenaan.
 ??  ?? PENGHUNI rumah PCAKK merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan artis berkumpula­n yang diundang khas pada Pra-Konsert berkenaan.
PENGHUNI rumah PCAKK merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan artis berkumpula­n yang diundang khas pada Pra-Konsert berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia