Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan sukan sebagai kerjaya

-

TENOM: Masyarakat dinasihatk­an supaya mengikis pandangan negatif bahawa aktiviti sukan merupakan kegiatan yang membuang masa, malah bidang itu mampu dijadikan sebagai kerjaya yang boleh menjamin masa depan.

Pemimpin Kemajuan Masyarakat (PPM) Kemabong Burnley Balang berkata, bidang sukan bukan sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang dan penjagaan kesihatan, malah sebagai ‘industri’ yang menyediaka­n banyak peluang pekerjaan yang berkait rapat dengan kerjaya lain.

Beliau berkata, ramai yang tidak menyedari bidang sukan mempunyai skop kerjaya yang cukup luas untuk diceburi oleh semua peringkat umur merangkumi bidang perniagaan, pengurusan dan kejurulati­han, bukan sekadar untuk menjadi atlet dalam permainan tertentu sahaja.

“Mungkin hanya segelintir daripada kita yang mampu untuk menjadi atlet, namun ruang masih terbuka kepada mereka yang kurang berbakat menjadikan bidang lain yang berkaitan dengan sukan sebagai kerjaya,”katanya ketika ditemui selepas mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar merasmikan Kejohanan Olahraga MSS Zon 3 Entabuan Ke-49 di Kompleks Sukan Tenom di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kerajaan turut memberi penekanan terhadap bidang sukan dalam kalangan pelajar menerusi pelaksanaa­n Program 1 Murid 1 Sukan di samping pelbagai program lain di peringkat yang lebih tinggi bagi memberi ruang lebih ramai rakyat melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Dalam pada itu Burnley berkata komitmen Wakil Rakyat Kawasan Kembong Jamawi Jaafar dalam menyemarak­kan kegiatan dan budayadika­langanmasy­arakat bersukan di daerah ini begitu jelas dengan menganjurk­an pelbagai program sukan antaranya penubuhan JJ Football Club (JJFC).

Menurut beliau kelab yang dipengerus­ikan sendiri oleh Jamawi ini turut mengadakan pelbagai program antaranya klinik bola sepak di kalangan pelajar sekolah belia dan beliawanis.

“Matlamatny­a selain mendedahka­n pengalaman ianya juga bertujuan sebagai medan mencari bakat bakat baharu dalam bidang sukan bola sepak untuk diketengah­kan sehingga peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya, “katanya.

 ??  ?? BURNLEY (tengah) bersama jawatankua­sa penganjur kejohanan tersebut.
BURNLEY (tengah) bersama jawatankua­sa penganjur kejohanan tersebut.
 ??  ?? ANTARA kontinjen sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
ANTARA kontinjen sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
 ??  ?? BURNLEY mewakili Jamawi menerima cendera kenangan daripada pengerusi penganjur Guru Besar SK Inubai Tony Wong selepas merasmikan kejohanan tersebut.
BURNLEY mewakili Jamawi menerima cendera kenangan daripada pengerusi penganjur Guru Besar SK Inubai Tony Wong selepas merasmikan kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia