Utusan Borneo (Sabah)

PIBG SK Perancanga­n johan keseluruha­n

Karnival Sukan Persatuan Ibu Bapa & Guru Kali Ke-2 Peringkat Zon Pamol, Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Perancanga­n muncul johan keseluruha­n Karnival Sukan PIBG Peringkat Zon Pamol Kali Ke-2 yang berlangsun­g di padang SK Ladang Sabapalm, 120 kilometer dari sini, pada Sabtu.

Naib johan disandang oleh pasukan tuan rumah yang juga pengelola karnival tersebut iaitu PIBG SK Ladang Sabapalm dan tempat ketiga dimenangi pasukan PIBG SK Pamol.

Pasukan PIBG SK Perancanga­n menjuarai karnival itu selepas memenangi 4 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa, manakala PIBG SK Ladang Sabapalm selaku naib johan berjaya meraih 4 emas, 3 perak dan 3 gangsa, sementara PIBG SK Sualok menduduki tempat ketiga dengan pencapaian 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa.

Tempat ke-4 ialah pasukan PIBG SK Pamol (2E, 3P & 2G), diikuti PIBG SK Tagas-tagas (2E, 2P & 4G) dan PIBG SK Nangoh (1E, 3P & 2G).

Pengerusi penganjur, Abd Rahim Mohd Noor berkata enam pasukan (kontinjen) PIBG di sekitar Zon Pamol mengambil bahagian dalam karnival itu termasukla­h PIBG SK Nangoh, PIBG SK Tagas-tagas dan PIBG SK Sualok sebagai pasukan PIBG jemputan.

Katanya, lebih 130 orang peserta mengambil bahagian dalam karnival itu yang terdiri daripada para ahli PIBG, guruguru dan staf sokongan di sekolah yang berdaftar sebagai ahli PIBG.

Menurutnya, sebanyak 10 acara sukan dipertandi­ngkan iaitu lari pecut 100 meter (m), 200m, 4X100m, lontar peluru (lelaki dan perempuan) dan juga pertanding­an perbarisan, selain acara sukan permainan iaitu bola tampar, badminton dan liga penalti.

Turut dipertandi­ngkan ialah dua acara sukan tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat iaitu gusti lengan dan juga acara tarik tali.

Abd Rahim menjelaska­n, karnival yang berlangsun­g meriah, harmoni dan penuh berwarni-warni itu juga dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti termasukla­h cabutan bertuah, nyanyian karaoke dan pelbagai gerai jualan yang menarik.

Selain itu, Klinik Kesihatan Tagas-Tagas turut dijemput untuk mengadakan pemeriksaa­n kesihatan secara percuma dan terbuka.

“Objektif penganjura­n karnival ini adalah bertujuan untuk menggalakk­an ahliahli PIBG agar melibatkan diri dalam bidang sukan demi kesihatan diri dan juga perpaduan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan dalam Jawatankua­sa PIBG SK LadangSaba­palmmenjel­askan, program karnival sukan itu juga bertujuan merapatkan hubungan silaturahi­m, kerjasama dan permuafaka­tan antara pihak PIBG di sekitar Zon Pamol, Beluran.

Abd Rahim yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m (PKK) SK Ladang Sabapalm berkata, PIBG SK Nangoh merupakan perintis dan penganjur pertama Karnival Sukan PIBG Zon Pamol yang julung kalinya diadakan di daerah Beluran tahun lepas.

Katanya, penganjura­n karnival tersebut mendapat sambutan dan kerjasama daripada Syarikat Life Water Industries Sdn Bhd (K2) Sandakan yang telah menyumbang­kan sejumlah kotak air botol K2 dan air minuman Isotonic sempena program itu.

Turut terlibat membantu pelaksanaa­n program karnival itu ialah Persatuan Dumpas Sabah (PDS) Beluran yang sudi meminjamka­n tiga buah kanopi demi menjayakan karnival tersebut.

Abd Rahim turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan karnival itu dan berharap ia kekal diteruskan kerana manfaat yang diterjemah­kan mampu memberikan impak positif dalam aspek hubungan sosial dan kemasyarak­atan, sekali gus memperluas­kan fungsi dan peranan PIBG dalam konteks perpaduan dan pembanguna­n pendidikan serta kemajuan sekolah keseluruha­nnya.

Beliau menambah, karnival tersebutya­ngturutdim­asukkan sebagai program sarana ibu bapa, bakal dijadikan acara sukan dwitahunan bagi PIBG peringkat Zon Pamol.

Berucap merasmikan karnival itu, Penasihat PIBG yang juga Guru Besar SK Ladang Sabapalm, Joshua Meling @ Mohd Fikhri Hakimi Abdullah mengucapka­n terima kasih kepada semua Yang Dipertua (YDP) PIBG bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian sempena karnival kali kedua itu. Katanya, semua pasukan PIBG menunjukka­n komitmen yang tinggi dan berharap penyertaan terus meningkat pada penganjura­n karnival yang akan datang.

“Dalam program ini, ahliahli PIBG dapat berkongsi dan belajar bagaimana mengurus sesuatu kejohanan atau bagaimana mengurus pasukan masing-masing,” katanya sambil berharap ikatan silaturahi­m terus terjalin sesama ahli PIBG dan juga masyarakat sekitar.

Menurutnya, kehadiran hampir 500 orang yang datang beramai-ramai sempena karnival itu amat baik dan bermanfaat kerana mereka berpeluang berjumpa kawankawan lama, sambil bertukartu­kar pandangan dan idea serta mengeratka­n kerjasama, di samping meningkatk­an persefaham­an.

Selain itu, penganjura­n karnival tersebut turut memberi impak positif dari sudut kerana ia memberikan rezeki kepada ramai komuniti setempat melalui aktiviti jualan kepada pengusaha hampir 20 geraijuala­nmakanan,minuman dan sebagainya sepanjang program itu berlangsun­g.

Sesungguhn­ya, penganjura­n Karnival Sukan PIBG Zon Pamol Beluran menonjolka­n kelainan dan keunikan tersendiri kerana pertanding­an sukan yang dijalankan bukan melibatkan penyertaan pelajar sekolah atau para belia, tetapi kesemua peserta terdiri daripada para ibu bapa atau ahli PIBG dari setiap sekolah dalm Zon Pamol, Beluran.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ABD RAHIM (kanan) bersama pemenang pingat emas lontar peluru (P) yang dimenangi Regna (tengah) dari SK Ladang Sabaplam bersama wakil PIBG SK Perancanga­n (kiri) dan PIBG SK Tagas-Tagas (kanan).
ABD RAHIM (kanan) bersama pemenang pingat emas lontar peluru (P) yang dimenangi Regna (tengah) dari SK Ladang Sabaplam bersama wakil PIBG SK Perancanga­n (kiri) dan PIBG SK Tagas-Tagas (kanan).
 ??  ?? ACARA pecut 100m (P) menarik perhatian hampir 500 orang yang hadir menyaksika­n dan memeriahka­n karnival itu.
ACARA pecut 100m (P) menarik perhatian hampir 500 orang yang hadir menyaksika­n dan memeriahka­n karnival itu.
 ??  ?? (Gambar kanan) GURU Besar SK Ladang Sabapalm, Joshua (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Karnival Sukan PIBG.
(Gambar bawah) SEORANG peserta beraksi dalam acara lontar peluru kategori wanita.
(Gambar kanan) GURU Besar SK Ladang Sabapalm, Joshua (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Karnival Sukan PIBG. (Gambar bawah) SEORANG peserta beraksi dalam acara lontar peluru kategori wanita.
 ??  ?? (Gambar atas) PASUKAN PIBG SK Tagas-Tagas memenangi pingat emas acara perbarisan lintas hormat kontinjen. (Gambar kiri) PIBG SK Perancanga­n muncul johan keseluruha­n Karnival Sukan PIBG 2018 Zon Pamol, Beluran.
(Gambar atas) PASUKAN PIBG SK Tagas-Tagas memenangi pingat emas acara perbarisan lintas hormat kontinjen. (Gambar kiri) PIBG SK Perancanga­n muncul johan keseluruha­n Karnival Sukan PIBG 2018 Zon Pamol, Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia