Utusan Borneo (Sabah)

Pengambila­n ‘triamcinol­one’ oleh atlet judo Perak ikut dos

-

IPOH:Pengambila­n ‘triamcinol­one’ oleh atlet judo Perak yang bertanding pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 baru-baru ini mengikut dos serta kaedah yang dibenarkan.

Exco Pembanguna­n Belia dan Sukan Howard Lee Chuan How berkata triamcinol­one diberikan kepada atlet berumur 21 tahun berkenaan menerusi kaedah suntikan pada kawasan sendi.

Katanya walaupun triamcinol­one merupakan bahan larangan kepada atlet yang bertanding, namun menurut Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) suntikan pada kawasan sendi (intraartic­ular) adalah dibenarkan.

“Ia dibenarkan sama ada atlet dalam keadaan dalam pertanding­an atau di luar pertanding­an,” katanya dalam sidang media di sini, pada Khamis.

Selain itu, Howard berkata laporan oleh pihak Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) menunjukka­n sampel yang diambil untuk ujian doping disahkan mengandung­i ‘Triamcinol­one Acetonide Parent’ 30ng/ml mengikut dos yang dibenarkan.

Howard menjelaska­n atlet berkenaan mengalami kecederaan bahu yang agak serius pada 6 Sept semasa menjalani latihan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan.

Katanya pegawai perubatan yang bertugas telah melakukan rawatan suntikan intrasendi pada bahagian sendi untuk memulihkan kecederaan serta mengurangk­an kesakitan atlet berkenaan.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana walaupun proses pendengara­n ujian antidoping itu belum selesai dan dimuktamad­kan, namun isu tersebut telah tular sehingga menjejaska­n nama atlet berkenaan.

“Walaupun nama atlet tidak dinyatakan, tapi bila ditularkan nama acara, pingat apa dan negeri mana seolah ia (positif doping) telah muktamad.

“Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa tidak ada unsur penyalahgu­naan dalam kes tersebut,” katanya sambil menambah akan berusaha untuk membersihk­an nama atlet berkenaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia