Utusan Borneo (Sabah)

Penyokong pengsan bersesak dapatkan tiket final Piala Malaysia

-

KUALA TERENGGANU: Ada yang jatuh pengsan, ada yang dibaling botol, malah difahamkan ada antara penyokong yang menunggu di kaunter tiket sejak pukul 8 malam Rabu.

Itu situasi yang berlaku di kaunter C, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, pagi Khamis apabila lebih 3,000 penyokong membanjiri kawasan itu bagi mendapatka­n tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) dan Perak di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

Berdasarka­n tinjauan Bernama, keadaan menjadi tidak terkawal apabila penyokong berpusu-pusu menyerbu empat kaunter yang dibuka hingga berlaku insiden tolak-menolak, namun berjaya ditenangka­n selepas kehadiran pasukan polis.

Difahamkan, hanya 2,000 tiket sahaja dijual di sini bermula pukul 10.30 pagi hingga 2 petang ini.

Cuaca panas terik seawal 9 pagi menyebabka­n beberapa orang penyokong jatuh pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulans kerana sesak nafas dan tidak menjamah sebarang makanan sejak malam Rabu.

Seorang penyokong, Ariffin Ali, 56, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu, berkata dia mula menunggu di stadium sejak 5 pagi Khamis dan terpaksa solat subuh di sekitar kawasan itu kerana bimbang terlepas peluang mendapatka­n tiket selepas percubaan untuk membeli melalui dalam talian tidak berjaya.

“Malam tadi saya kerja, jadi minta anak dan anak saudara datang terlebih dahulu kerana dah maklum dengan situasi macam ini. Mereka datang berlima dan alhamdulil­lah dapat juga tiket walaupun sampai koyak- koyak baju berebut,” katanya.

Penyokong tegar Skuad Penyu sejak 1978 itu berkata dia sudah tidak sabar untuk bertolak ke Stadium Shah Alam pagi ini dengan harapan dapat menyaksika­n sendiri kejayaan Terengganu menjulang semula Piala Malaysia selepas kali terakhir memenangin­ya pada 2001.

“Saya juga berharap TFC dapatmempa­merkanperm­ainan terbaik dan bersemanga­t seperti pada perlawanan separuh akhir kedua menentang pasukan Johor Darul Ta’zim di Stadium Larkin tempoh hari. Saya ramal TFC akan menang 2-0,” katanya bersemanga­t.

Sementara itu, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar mengakui penjualan tiket yang terhad 2,000 keping sahaja mungkin antara punca berlakunya kekecohan di kaunter tiket stadium.

Katanya 28,000 tiket lagi diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu melalui Unit Jualan Tiket sedia ada dan diagihkan kepada lapan persatuan di peringkat daerah, bukan dijual oleh exco atau di pejabat exco seperti mana yang ditularkan.

“Saya dimaklumka­n sebelum ini, penjualan tiket tidak pernah diberi kepada persatuan. (Sekarang) Pembahagia­n agihan telah dibincangk­an kepada persatuan-persatuan bola di peringkat daerah sejak beberapa hari lalu, cuma saya tidak pasti bagaimana cara atau kaedah penjualan itu dilakukan.

“Mungkin penjualan tiket tidak dilakukan secara langsung kepada orang ramai di peringkat daerah seperti mana yang berlaku di Perak,” katanya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? RIBUAN penyokong Terengganu FC (TFC) berasak bagi mendapatka­n tiket bola sepak menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Khamis.
- Gambar BERNAMA RIBUAN penyokong Terengganu FC (TFC) berasak bagi mendapatka­n tiket bola sepak menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Khamis.
 ??  ?? SEORANG penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana pengsan ketika berasak bagi mendapatka­n tiket. - Gambar BERNAMA
SEORANG penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana pengsan ketika berasak bagi mendapatka­n tiket. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia